Monday, April 12, 2010

AKTIVITI MINGGU AKADEMIK (SIRI 3)

Ucapan perasmian Minggu Akademik 2010 oleh Pn Ramlah Musri


Acara perasmian membuka banting Minggu Akademik 2010 oleh Pn Ramlah bt Musri


Pemenang bersama pereka Pertandingan Fesyen Kitar semula anjuran Panitia PSV
Penyampaian vaucer kepada pemenang pertandingan






4USM : PERDAGANGAN ANTARA BANGSA

WAKTU PEMBENTANGAN . WAKIL KUMPPULAN MENYAMPAIKAN MAKLUMAT HASIL PERBINCANGAN KUMPULAN KEPADA RAKAN SEMASA WAKTU EKONOMI OLEH PN GAN

AKTIVITI PANITIA PSV MINGGU KEMANUSIAAN

PERTANDINGAN TOPENG DARI BAHAN TERBUANG
KATEGORI MENENGAH RENDAH
(PANITIA P. SENI VISUAL)

PERTANDINGANPOSTER KESELAMATAN
ANJURAN PANITIA P. MORAL

Sunday, April 11, 2010

Raptai pertandingan kawad kaki -Rabu 14 April 2010

Pada hari Rabu ini (14 April 2010 ) semasa perjumpaan semua unit beruniform,akan diadakan raptai pertandingan kawad kaki peringkat sekolah.
Pertandingan kawad kaki akan diadakan pada hari Sabtu ( 17 April 2010 ).
Semua guru dan pelajar yang terlibat diharap dapat memberi kerjasama dan komitmen yang baik dalam menjayakan raptai ini.

Sehubungan dengan itu, semua pelajar dan guru digalakkan memakai baju uniform masing-masing pada waktu persekolahan. Ini kerana pada hari RABU kita semua digalakkan memakai baju uniform mengikut unit masing-masing.

Kerjasama yang diberikan diucapkan ribuan terima kasih.

TAHNIAH kepada pasukan bola keranjang sekolah



Tahniah kepada pemain bola keranjang sekolah perempuan bawah 18 tahun kerana telah berjaya mendapat tempat ketiga dalam pertandingan Bola Tampar MSSD Petaling Perdana.



Pasukan bola keranjang (perempuan bawah 18)sedang beraksi dengan bersungguh-sungguh.



Pasukan lelaki bawah 18 tahun bola keranjang.Walaupun kalah tetapi tetap mempunyai semangat juang yang tinggi untuk bertanding.

Tahniah juga kepada guru penasihat bola keranjang iaitu Pn.Tan dan Cik Chong atas penat lelah dan kesungguhan mereka melatih pasukan bola keranjang P dan L ini.

Kami BOLEH.

Thursday, April 8, 2010

Sekitar majlis penutupan kejohanan hoki MSSD hari ini...



Gambar dari kiri : Pn.Nurul (GPK Koku SK Seksyen 18, Pn.Ramlah(Pengetua SMK BPJ(A),En.Irwan Tan b.Abdullah ( Pegawai PPDPP ),En.Ramli (PK koku)dan En Ghasid b.Salleh ( Peg.PPD -unit sukan )


Pn.Ramlah sedang menyampaikan hadiah kepada para pemenang


Pandangan dari tempat penonton semasa majlis penyampaian hadiah.Semua pemenang berkumpul di tengah padang.

PERTANDINGAN HOKI MSSD PETALING PERDANA 2010


Pukulan penalti oleh pemain daripada SMK Seksyen 18. Selepas 3o minit masa perlawanan ,keputusan adalah seri. Kemenangan ditentukan dengan pukulan penalti. SMK Seksyen 18 menang 2-1.



Pegawai Teknikal & pengadil & Urus setia yang memastikan kejohanan dijalankan dengan lancar
(En. Nawi, Pn. Norzamzarina, Pn. Widad, En. Zakaria dan En. Gopal)




Pasukan perempuan bawah 18 tahun yang berjaya masuk ke pertandingan akhir. SMK Seksyen 18 dan SMK Seksyen 11



PERTANDINGAN HOKI MSSD PETALING PERDANA 2010

Pasukan Lelaki bawah 18 tahun yang berjaya ke peringkat akhir, SMK Seksyen 11 dan SMK USJ 23
SMK Bandar Puchong Jaya sebagai pengelola pertandingan bagi kejohanan kali ini. Bertempat di Stadium Hoki Pandamaran, Klang.

Wednesday, April 7, 2010

Pencerapan kelas 3 UTM - Waktu 6 - Matematik

Guru matematik - Pn.Widad sedang menunjuk cara penyelesaian latih tubi yang diberikan.


Seorang pelajar kelas 3 UTM sedang cuba menyelesaikan masalah matematik di papan hijau.


Semua pelajar sedang memberi tumpuan sepenuhnya tentang formula matematik yang sedang diberikan.

Aktiviti Unit Beruniform pada hari ini...7 April 2010

PERSEDIAAN UNIT BERUNIFORM UNTUK MENGHADAPI PERTANDINGAN KAWAD KAKI SEKOLAH

Unit Beruniform - Pengakap


Kawad kaki daripada unit beruniform PBSM


Ahli pandu puteri juga penuh bersemangat menjalani raptai hari ini


Ahli kadet polis sedang mendengar arahan ketua mereka

Tuesday, April 6, 2010

Kursus Kepimpinan Ketua dan Penolong Ketua Tingkatan




Pada 6 April 2010, telah diadakan suatu Kursus Kepimpinan Ketua dan Penolong Ketua Tingkatan bertempat di Bilik Seminar. Kursus ini telah berlangsung selama dua jam dan telah dihadiri oleh 51 orang murid yang terdiri daripada Ketua dan Penolong Ketua Tingkatan dari tingkatan satu hingga lima. Penceramah bagi kursus ini ialh En Rajan Nair a/l Balan iaitu Guru Disiplin SMK Bandar Puchong Jaya A. Antara objektif kursus ini diadakan adalah untuk memberi panduan kepada murid-murid dalam pengurusan kelas.
Semoga murid-murid dapat mengimplementasikan segala input yang telah disampaikan oleh En Rajan Nair itu…...

Gurindam Kepentingan Disiplin

Disiplin diterap sedari awal,
Nescaya tingkah laku dapat dikawal

Jika dipatuhi peraturan sekolah,
Prestasi akademik pasti menyerlah.

Masalah disiplin segera ditangani,
Suasana sekolah terjamin harmoni.

Bijak pelajar menguruskan waktu,
Kejayaan dicapai disiplinlah penentu.

Susun jadual menelaah pelajaran,
Masa depan beroleh sinaran.

Rajin ke sekolah tak pernah ponteng,
Dapat segala pengetahuan penting.

Disiplin mengikuti pengajaran guru,
Pemahaman jelas menghapus keliru.

Patuh nasihat dan tunjuk ajar,
Itulah punca kejayaan pelajar.

Jauhilah sebarang kegiatan negatif,
Fikiran terbimbing kea rah positif.

Disiplin membentuk modal insane,
Generasi seimbang pendidikan berkesan.

Nukilan:
Nazim Mohd Subari, Endau Johor,
(Dewan Siswa, APRIL 2010)

minggu akademik 2010

AKTIVITI MINGGU AKADEMIK 2010
1. AKTIVITI JUALAN :
ANJURAN PANITIA PRINSIP AKAUN, EKONOMI & PERDAGANGAN
2.ANJURAN PANITIA MORAL
PERTANDINGAN POSTER : TAJUK - KESELAMATAN


antara hasil penyertaan pertandingan poster

Monday, April 5, 2010

Guru dan Kakitangan SMKBPJ(A) 2010

Pertandingan Bola Tampar MSSD di SMK Seri Kembangan










1 - Pertandingan bola tampar MSSD telah berlangsung pada hari ini di SMK Seri Kembangan.
2 - Guru-guru pengiring pasukan bola tampar bawah 18 tahun ialah Pn.Sia dan En.Ahmad Rashid.
3 - Sungguh pun pasukan bola tampar SMK BPJ(A)kalah namun kami berasa bangga kerana berpeluang bertanding dengan juara bola tampar MSSD iaitu SMK Subang Utama dan SMK Sri Cahaya.

Saturday, April 3, 2010

Ujian Lisan Bahasa Melayu - 5UM dan 5UKM

Murid Kelas 5UM dan Kelas 5UKM sila ambil perhatian. Ujian Lisan Bahasa Melayu akan diadakan sepanjang minggu depan (5 April hingga 9 April). Semua murid dikehendaki bersedia kerana semua murid mempunyai kemungkinan untuk diuji. Sesiapa yang telah diundi untuk ujian tersebut mesti menjalani ujian pada hari tersebut. Markah akan dinilai dari segi:

1. Kelancaran dan keyakinan
2. Bahasa
3. Isi yang disampaikan
4. Sebutan dan Nada suara
5. keyakinan

Murid tidak dibenarkan memegang atau membaca nota. Semasa ujian dijalankan, skrip ujian yang bertulisan tangan hendaklah diserahkan kepada saya. Setiap ujian lisan akan dirakamkan. Harap maklum.

Friday, April 2, 2010

Kesalahan bahasa pada papan tanda


Lihat papan tanda di sebelah ini. Apakah kesalahan bahasa yang terdapat pada papan tanda tersebut?

MINGGU AKADEMIK

MINGGU AKADEMIK (5 -12 APRIL2010)
perbagai aktiviti telah dirancang bagi mencungkil bakat, kebolehan dan kreativiti anda,

Gabungan 2 Bidang iaitu
  1. Bidang Kemanusiaan (panitia Geografi, PSV, Ekonomi Asas, P. Moral, P.Islam )
  2. Bidang Teknik dan Vokasional (panitia ICT, KH, Perdagangan dan Prinsip Akaun)

Antara aktiviti yang dijalankan ialah;

  1. pertandingan fesyen dari bahan terbuang dan pertandingan cipta topeng (Panitia PSV)
  2. Kuiz (panitia Geografi)
  3. menghias muffin dan rekaan kad (Panitia KH)
  4. pertandingan poster (panitia P.Moral)
  5. jualan (Panitia Ekonomi, Perdagangan & P. Akaun)
  6. dan sebagainya

Masa aktiviti selepas P&P, waktu rehat dan waktu k0kurikulum

MANFAAT PELUANG INI KERANA ANDA BERBAKAT DAN BERKEBOLEHAN

MENCUBA TIDAK RUGI!!!!

Thursday, April 1, 2010

PERTANDINGAN POSTER GEOGRAFI sempena Minggu Akademik minggu depan

Panitia Geografi akan menganjurkan Pertandingan Melukis Poster Sempena Minggu Akademik sempena Minggu Akademik.Butir-butir pertandingan seperti berikut :

TAJUK / TEMA : KEINDAHAN FLORA DAN FAUNA

SAIZ : Kertas Lukisan

BAHAN : Bebas

HADIAH / SIJIL : Tempat pertama, kedua dan ketiga

PENYERTAAN : Terbuka kepada semua pelajar menengah rendah dan
menengah atas

TARIKH TUTUP : 8 April 2010 ( KHAMIS )

HANTAR kepada : Pn.Rohati ( Tingkatan 4 dan Tingkatan 5 )

En.Gopal ( Peralihan, Ting.1,2 dan 3 )

( Makluman berkaitan pertandingan ini telah ditampal di setiap kelas. Semua murid boleh merujuk di kelas masing-masing.