Pada hari Selasa, 10 Ogos 2010, bertempat di Bilik Seminar, Panitia Bahasa Melayu telah mengdakan Bengkel Bahasa Melayu PMR 2010. Fasilitatur bengkel ini ialah Encik Abdul Ghalib bin Yunus, Munsyi Dewan.
Bengkel Bahasa Melayu PMR untuk Kelas 3UM dan 3UKM akan berlangsung esok di Bilik Seminar. Bengkel ini akan bermula pada pukul 8.00 pagi hingga 2.00 petang. Semua pelajar kelas 3UM dan 3UKM (Calon Cemerlang) wajib hadir.
Bagi kelas 3UPM dan Kelas 3USM, Bengkel tersebut akan diadakan pada hari Khamis, 12 Ogos 2010.
Saya amat berbangga dengan persembahan Sketsa semasa Majlis Pelancaran Bulan Kemerdekaan pada pagi tadi. Saya amat kagum dengan kreativiti pelajar yang berjaya mengolah sketsa tersebut sehingga menjadikan persembahan itu menarik. Saya juga tidak menyangka bahawa semua pelajar yang terlibat amat berbakat. Jika aktiviti seperti ini sering diadakan, saya yakin bahawa SMKBPJA akan berjaya melahirkan modal insan yang berketerampilan dan berbakat dalam pelbagai bidang. Kepada mereka yang terlibat dalam usaha untuk menjayakan persembahan ini, saya ingin mengucapkan tahniah dan syabas.