Pada hari Rabu ini (14 April 2010 ) semasa perjumpaan semua unit beruniform,akan diadakan raptai pertandingan kawad kaki peringkat sekolah.
Pertandingan kawad kaki akan diadakan pada hari Sabtu ( 17 April 2010 ).
Semua guru dan pelajar yang terlibat diharap dapat memberi kerjasama dan komitmen yang baik dalam menjayakan raptai ini.
Sehubungan dengan itu, semua pelajar dan guru digalakkan memakai baju uniform masing-masing pada waktu persekolahan. Ini kerana pada hari RABU kita semua digalakkan memakai baju uniform mengikut unit masing-masing.
Kerjasama yang diberikan diucapkan ribuan terima kasih.
Sunday, April 11, 2010
TAHNIAH kepada pasukan bola keranjang sekolah

Tahniah kepada pemain bola keranjang sekolah perempuan bawah 18 tahun kerana telah berjaya mendapat tempat ketiga dalam pertandingan Bola Tampar MSSD Petaling Perdana.

Pasukan bola keranjang (perempuan bawah 18)sedang beraksi dengan bersungguh-sungguh.
Pasukan lelaki bawah 18 tahun bola keranjang.Walaupun kalah tetapi tetap mempunyai semangat juang yang tinggi untuk bertanding.
Tahniah juga kepada guru penasihat bola keranjang iaitu Pn.Tan dan Cik Chong atas penat lelah dan kesungguhan mereka melatih pasukan bola keranjang P dan L ini.
Kami BOLEH.
Thursday, April 8, 2010
Sekitar majlis penutupan kejohanan hoki MSSD hari ini...
Gambar dari kiri : Pn.Nurul (GPK Koku SK Seksyen 18, Pn.Ramlah(Pengetua SMK BPJ(A),En.Irwan Tan b.Abdullah ( Pegawai PPDPP ),En.Ramli (PK koku)dan En Ghasid b.Salleh ( Peg.PPD -unit sukan )
Pn.Ramlah sedang menyampaikan hadiah kepada para pemenang
Pandangan dari tempat penonton semasa majlis penyampaian hadiah.Semua pemenang berkumpul di tengah padang.
PERTANDINGAN HOKI MSSD PETALING PERDANA 2010
(En. Nawi, Pn. Norzamzarina, Pn. Widad, En. Zakaria dan En. Gopal)
Pasukan perempuan bawah 18 tahun yang berjaya masuk ke pertandingan akhir. SMK Seksyen 18 dan SMK Seksyen 11
PERTANDINGAN HOKI MSSD PETALING PERDANA 2010
Wednesday, April 7, 2010
Pencerapan kelas 3 UTM - Waktu 6 - Matematik
Aktiviti Unit Beruniform pada hari ini...7 April 2010
Tuesday, April 6, 2010
Kursus Kepimpinan Ketua dan Penolong Ketua Tingkatan
Pada 6 April 2010, telah diadakan suatu Kursus Kepimpinan Ketua dan Penolong Ketua Tingkatan bertempat di Bilik Seminar. Kursus ini telah berlangsung selama dua jam dan telah dihadiri oleh 51 orang murid yang terdiri daripada Ketua dan Penolong Ketua Tingkatan dari tingkatan satu hingga lima. Penceramah bagi kursus ini ialh En Rajan Nair a/l Balan iaitu Guru Disiplin SMK Bandar Puchong Jaya A. Antara objektif kursus ini diadakan adalah untuk memberi panduan kepada murid-murid dalam pengurusan kelas.
Semoga murid-murid dapat mengimplementasikan segala input yang telah disampaikan oleh En Rajan Nair itu…...
Semoga murid-murid dapat mengimplementasikan segala input yang telah disampaikan oleh En Rajan Nair itu…...
Gurindam Kepentingan Disiplin
Disiplin diterap sedari awal,
Nescaya tingkah laku dapat dikawal
Jika dipatuhi peraturan sekolah,
Prestasi akademik pasti menyerlah.
Masalah disiplin segera ditangani,
Suasana sekolah terjamin harmoni.
Bijak pelajar menguruskan waktu,
Kejayaan dicapai disiplinlah penentu.
Susun jadual menelaah pelajaran,
Masa depan beroleh sinaran.
Rajin ke sekolah tak pernah ponteng,
Dapat segala pengetahuan penting.
Disiplin mengikuti pengajaran guru,
Pemahaman jelas menghapus keliru.
Patuh nasihat dan tunjuk ajar,
Itulah punca kejayaan pelajar.
Jauhilah sebarang kegiatan negatif,
Fikiran terbimbing kea rah positif.
Disiplin membentuk modal insane,
Generasi seimbang pendidikan berkesan.
Nukilan:
Nazim Mohd Subari, Endau Johor,
(Dewan Siswa, APRIL 2010)
Nescaya tingkah laku dapat dikawal
Jika dipatuhi peraturan sekolah,
Prestasi akademik pasti menyerlah.
Masalah disiplin segera ditangani,
Suasana sekolah terjamin harmoni.
Bijak pelajar menguruskan waktu,
Kejayaan dicapai disiplinlah penentu.
Susun jadual menelaah pelajaran,
Masa depan beroleh sinaran.
Rajin ke sekolah tak pernah ponteng,
Dapat segala pengetahuan penting.
Disiplin mengikuti pengajaran guru,
Pemahaman jelas menghapus keliru.
Patuh nasihat dan tunjuk ajar,
Itulah punca kejayaan pelajar.
Jauhilah sebarang kegiatan negatif,
Fikiran terbimbing kea rah positif.
Disiplin membentuk modal insane,
Generasi seimbang pendidikan berkesan.
Nukilan:
Nazim Mohd Subari, Endau Johor,
(Dewan Siswa, APRIL 2010)
minggu akademik 2010
Monday, April 5, 2010
Pertandingan Bola Tampar MSSD di SMK Seri Kembangan
1 - Pertandingan bola tampar MSSD telah berlangsung pada hari ini di SMK Seri Kembangan.
2 - Guru-guru pengiring pasukan bola tampar bawah 18 tahun ialah Pn.Sia dan En.Ahmad Rashid.
3 - Sungguh pun pasukan bola tampar SMK BPJ(A)kalah namun kami berasa bangga kerana berpeluang bertanding dengan juara bola tampar MSSD iaitu SMK Subang Utama dan SMK Sri Cahaya.
Saturday, April 3, 2010
Ujian Lisan Bahasa Melayu - 5UM dan 5UKM
Murid Kelas 5UM dan Kelas 5UKM sila ambil perhatian. Ujian Lisan Bahasa Melayu akan diadakan sepanjang minggu depan (5 April hingga 9 April). Semua murid dikehendaki bersedia kerana semua murid mempunyai kemungkinan untuk diuji. Sesiapa yang telah diundi untuk ujian tersebut mesti menjalani ujian pada hari tersebut. Markah akan dinilai dari segi:
1. Kelancaran dan keyakinan
2. Bahasa
3. Isi yang disampaikan
4. Sebutan dan Nada suara
5. keyakinan
Murid tidak dibenarkan memegang atau membaca nota. Semasa ujian dijalankan, skrip ujian yang bertulisan tangan hendaklah diserahkan kepada saya. Setiap ujian lisan akan dirakamkan. Harap maklum.
1. Kelancaran dan keyakinan
2. Bahasa
3. Isi yang disampaikan
4. Sebutan dan Nada suara
5. keyakinan
Murid tidak dibenarkan memegang atau membaca nota. Semasa ujian dijalankan, skrip ujian yang bertulisan tangan hendaklah diserahkan kepada saya. Setiap ujian lisan akan dirakamkan. Harap maklum.
Friday, April 2, 2010
MINGGU AKADEMIK
MINGGU AKADEMIK (5 -12 APRIL2010)
perbagai aktiviti telah dirancang bagi mencungkil bakat, kebolehan dan kreativiti anda,
Gabungan 2 Bidang iaitu
perbagai aktiviti telah dirancang bagi mencungkil bakat, kebolehan dan kreativiti anda,
Gabungan 2 Bidang iaitu
- Bidang Kemanusiaan (panitia Geografi, PSV, Ekonomi Asas, P. Moral, P.Islam )
- Bidang Teknik dan Vokasional (panitia ICT, KH, Perdagangan dan Prinsip Akaun)
Antara aktiviti yang dijalankan ialah;
- pertandingan fesyen dari bahan terbuang dan pertandingan cipta topeng (Panitia PSV)
- Kuiz (panitia Geografi)
- menghias muffin dan rekaan kad (Panitia KH)
- pertandingan poster (panitia P.Moral)
- jualan (Panitia Ekonomi, Perdagangan & P. Akaun)
- dan sebagainya
Masa aktiviti selepas P&P, waktu rehat dan waktu k0kurikulum
MANFAAT PELUANG INI KERANA ANDA BERBAKAT DAN BERKEBOLEHAN
MENCUBA TIDAK RUGI!!!!
Thursday, April 1, 2010
PERTANDINGAN POSTER GEOGRAFI sempena Minggu Akademik minggu depan
Panitia Geografi akan menganjurkan Pertandingan Melukis Poster Sempena Minggu Akademik sempena Minggu Akademik.Butir-butir pertandingan seperti berikut :
TAJUK / TEMA : KEINDAHAN FLORA DAN FAUNA
SAIZ : Kertas Lukisan
BAHAN : Bebas
HADIAH / SIJIL : Tempat pertama, kedua dan ketiga
PENYERTAAN : Terbuka kepada semua pelajar menengah rendah dan
menengah atas
TARIKH TUTUP : 8 April 2010 ( KHAMIS )
HANTAR kepada : Pn.Rohati ( Tingkatan 4 dan Tingkatan 5 )
En.Gopal ( Peralihan, Ting.1,2 dan 3 )
( Makluman berkaitan pertandingan ini telah ditampal di setiap kelas. Semua murid boleh merujuk di kelas masing-masing.
TAJUK / TEMA : KEINDAHAN FLORA DAN FAUNA
SAIZ : Kertas Lukisan
BAHAN : Bebas
HADIAH / SIJIL : Tempat pertama, kedua dan ketiga
PENYERTAAN : Terbuka kepada semua pelajar menengah rendah dan
menengah atas
TARIKH TUTUP : 8 April 2010 ( KHAMIS )
HANTAR kepada : Pn.Rohati ( Tingkatan 4 dan Tingkatan 5 )
En.Gopal ( Peralihan, Ting.1,2 dan 3 )
( Makluman berkaitan pertandingan ini telah ditampal di setiap kelas. Semua murid boleh merujuk di kelas masing-masing.
Wednesday, March 31, 2010
Saturday, March 27, 2010
Pertandingan KAWAD KAKI peringkat sekolah
Pertandingan kawad kaki peringkat sekolah akan diadakan pada tarikh berikut :
Tarikh : 17 April 2010 ( Sabtu )
Masa : 8.00 hingga 12.00 tengahari
Tempat : Dataran Intelek
Penyertaan : Semua Unit Beruniform SMK BPJ (A)
( - PBSM, KRS, Kadet Polis, Pengakap,Pandu Puteri )
Persembahan oleh Kelab Taekwando sekolah
Diharap semua unit beruniform dapat membuat latihan kawad kaki masing-masing mulai minggu hadapan.Semua penyertaan akan diberi sijil penyertaan dan pemenang johan,naib johan dan ketiga akan diberi hadiah.
Semoga setiap ahli unit beruniform dapat memberi yang terbaik untuk kelab masing-masing.
Tarikh : 17 April 2010 ( Sabtu )
Masa : 8.00 hingga 12.00 tengahari
Tempat : Dataran Intelek
Penyertaan : Semua Unit Beruniform SMK BPJ (A)
( - PBSM, KRS, Kadet Polis, Pengakap,Pandu Puteri )
Persembahan oleh Kelab Taekwando sekolah
Diharap semua unit beruniform dapat membuat latihan kawad kaki masing-masing mulai minggu hadapan.Semua penyertaan akan diberi sijil penyertaan dan pemenang johan,naib johan dan ketiga akan diberi hadiah.
Semoga setiap ahli unit beruniform dapat memberi yang terbaik untuk kelab masing-masing.
Taklimat Denggi di Sekolah
Unit Kesihatan Sekolah telah mengambil inisiatif mengadakan taklimat ringkas tentang demam denggi dan pembiakan nyamuk aedes setiap tiga minggu sekali memandangkan Daerah Petaling Perdana merupakan kawasan 'hot spot' bagi kes dijangkiti Denggi. Denggi membawa maut kerana tiada ubat atau vaksin khusus untuk mengubatinya... Oleh itu sama-samalah kita mencegah pembiakan nyamuk aedes di sekolah mahupun di rumah kerana sesungguhnya MENCEGAH ITU LEBIH BAIK DARI MENGUBATI.........
Subscribe to:
Posts (Atom)







