Monday, April 26, 2010

Persembahan cukup menarik sempena HARI ANUGERAH CEMERLANG 2010

Persembahan drama "MAMA" -kelas 2 UM berjaya membuat semua penonton terpegun.Syabas diucapkan kepada semua pelajar yang terlibat. Guru pembimbing ialah En.Muthiah dan Cik Intan.











Persembahan Choral Speaking juga cukup menarik.Tahniah kepada semua pelajar yang terlibat dengan persembahan ini dan guru pembimbing Pn.Nesamani.

KEMASUKAN MURID-MURID KE TINGKATAN 6 RENDAH 2010

KEPUTUSAN MURID-MURID YANG LAYAK KE TINGKATAN ENAM BAWAH TAHUN 2010 AKAN DAPAT DICAPAI MELALUI LAMAN WEB KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA MULAI
03 MEI 2010 DAN TARIKH PENDAFTARAN KE SEKOLAH PUSAT TINGKATAN 6 ADALAH PADA 10 MEI 2010

ALAMAT LAMAN WEB KPM:

http://www.emoe.gov.my

CALON JUGA BOLEH MENYEMAK KEPUTUSAN TAWARAN KE TINGKATAN ENAM BAWAH MELALUI SEKOLAH ASAL SEMASA MENDUDUKI SPM 2009 :


SURAT TAWARAN KE TINGKATAN ENAM BAWAH BOLEH DI CETAK SECARA ONLINE DI LAMAN WEB KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA BERMULA 03 MEI 2010


RUJUK SYARAT-SYARAT KELAYAKAN MASUK KE TINGKATAN ENAM BAWAH 2010 DI SEKOLAH MENENGAH BANTUAN PENUH KERAJAAN (SEKOLAH HARIAN BIASA).
(RUJUK LAMAN WEB KPM)

CATATAN :

SEMUA CALON SPM 2009 YANG LAYAK MENGIKUT SYARAT YANG TELAH DITETAPKAN AKAN MENERIMA TAWARAN. TIDAK PERLU MEMOHON.

Saturday, April 24, 2010

Isnini - 26 April 2010 - Cuti Peristiwa

Dimaklumkan bahawa hari Isnin 26 April 2010 merupakan hari cuti persekolahan sempena Hari Anugerah Kecemerlangan 2010. Harap maklum

Friday, April 23, 2010

Waktu Persekolahan Hari Sabtu 24 April 2010

Dimaklumkan bahawa waktu persekolahan Hari Sabtu pada 24 April 2010 esok hendaklah mengikut Jadual Hari Isnin. Oleh sebab Majlis Perhimpunan tidak akan diadakan, maka waktu P&P akan bermula awal satu masa. Hal ini bermakna waktu kedua akan menjadi waktu pertama dan seterusnya. Oleh itu, waktu balik bagi pelajar ialah satu masa lebih awal daripada waktu biasa. Sebagai contohnya, kelas yang waktu biasanya tamat pada pukul 2.30 petang, akan balik pada pukul 1.50 petang. Harap maklum.

Thursday, April 22, 2010

Aktiviti kokurikulum minggu ini-CEGAH DENGGI









Semua unit beruniform minggu ini telah menjalankan aktiviti gotong royong bagi mencegah pembiakan nyamuk aedes di sekitar kawasan sekolah.Terima kasih kepada semua unit beruniform dan guru-guru penasihat unit masing-msing.

Monday, April 19, 2010

Gelagat 5UM sebelum Sesi Penggambaran





Sesi Penggambaran untuk Majalah Sekolah 2010


MAJLIS ANUGERAH KECEMERLANGAN

Perhatian kepada semua warga SMKBPJA, satu majlis untuk meraikan pelajar-pelajar yang cemerlang dalam akademik akan diadakan seperti ketetapan yang di bawah ini:

Tarikh : 25 April 2010 (Ahad)
Masa : 8.00 pagi - 12.00 tgh
Tempat : Dewan Ilmiah

Semua penerima anugerah dipersilakan hadir..

PERTANDINGAN LUKISAN ANJURAN MARDI 2010

'DIVERSITY FOR LIFE' Pertandingan lukisan terbuka kepada pelajar
anjuran MARDI

Penerima hadiah bersama Pn Ramlah (Pengetua) dan Pn Jalilah (KB Kemanusiaan)

Hadiah ( Cek Bernilai RM200.00, sijil dan 'plague')
Tahniah kepada Wong Pui Yee dari 3UTM
(Karya Wong Pui Yee Merupakan 1 daripada 10 karya terbaik )










Sunday, April 18, 2010

Majlis Pelantikan Pengawas SMKBPJA 2010



Pihak sekolah mengucapkan tahniah kepada pengawas yang telah menerima watikah pelantikan pada hari ini.

Friday, April 16, 2010

Kejohanan Olahraga Tahunan SMK Seri Serdang


Saya ingin mengucapkan tahniah kerana kuartet sekolah kita menduduki tempat kedua dalam acara 4 x 100 meter acara sekolah jemputan dalam kejohanan sukan olahraga SMK Serdang 2010.

Guru-guru yang memakai uniform sempena pertandingan kawad kaki



Tahniah kepada Pn.Rohaitina, Pn.Shahreen, Pn.Chow,Pn.Rohati dan En.Rajan kerana berjaya memakai baju uniform unit masing-masing.

Semoga pemakaian baju uniform ini dapat diteruskan pada setiap hari Rabu.Terima kasih

Pertandingan KAWAD KAKI peringkat sekolah berjaya dilaksanakan dengan jayanya-TAHNIAH



Pertandingan unit beruniform SMKBPJ(A)
1. Persatuan Bulan sabit merah ( PBSM )


2. Kadet Remaja sekolah (KRS)


3. Kadet Polis



4. Pandu Puteri



5. Pengakap



Persembahan taekwando





Tahniah kepada pasukan kadet remaja sekolah kerana menjadi JOHAN dalam pertandingan kawad kaki 2010.Begitu juga kepada ketua platun terbaik daripada KRS.

Pihak sekolah mengucapkan TAHNIAH kepada semua unit beruniform kerana penyertaan yang sangat memuaskan daripada anda semua,walaupun ini merupakan kali pertama pertandingan kawad kaki peringkat sekolah SMKBPJ(A) diadakan.
Pertandingan yang cukup bagus dan menarik.Tahniah!

Kerjasama semua guru dan murid yang terlibat secara langsung dan tidak langsung diucapkan terima kasih.

"PENGALAMAN ITU SANGAT BERHARGA"

Thursday, April 15, 2010

Penyampaian hadiah kepada pemenang-pemenang MSSD-Isnin 19 April 2010



Penyampaian hadiah bagi semua pemenang pertandingan persatuan dan permainan peringkat MSSD dan MSS akan diadakan pada hari Isnin 19 April 2010 semasa perhimpunan rasmi.

1. Kejohanan merentas desa
2. Kejohanan olahraga sekolah jemputan SMK Pusat Bandar Puchong 1 dan SMK seksyen 1
Bandar Kinrara
3. Persatuan kebudayaan India
4. Pertandingan tilawah Al-Quran
5. Pertandingan bola keranjang MSSD
6. Pertandingan bola jaring MSSD
7. Pertandingan boling tenpin MSS
8. Pertandingan gimrama MSS
9. Pertandingan poster MSSD

Semua pemenang bagi pertandingan di atas, harap dapat berkumpul di hadapan bilik sukan pada pukul 7.15 pagi hari Isnin untuk majlis penyampaian hadiah.

Kerjasama guru dan semua murid yang terlibat diucapkan berbanyak-banyak terima kasih.

Pencerapan kelas 2 UM - Sains (Pn.Norzamzarina)





Proses pengajaran dan pembelajaran yang menarik serta penglibatan aktif pelajar di kelas 2 UM.

Monday, April 12, 2010

AKTIVITI MINGGU AKADEMIK (SIRI 3)

Ucapan perasmian Minggu Akademik 2010 oleh Pn Ramlah Musri


Acara perasmian membuka banting Minggu Akademik 2010 oleh Pn Ramlah bt Musri


Pemenang bersama pereka Pertandingan Fesyen Kitar semula anjuran Panitia PSV
Penyampaian vaucer kepada pemenang pertandingan






4USM : PERDAGANGAN ANTARA BANGSA

WAKTU PEMBENTANGAN . WAKIL KUMPPULAN MENYAMPAIKAN MAKLUMAT HASIL PERBINCANGAN KUMPULAN KEPADA RAKAN SEMASA WAKTU EKONOMI OLEH PN GAN

AKTIVITI PANITIA PSV MINGGU KEMANUSIAAN

PERTANDINGAN TOPENG DARI BAHAN TERBUANG
KATEGORI MENENGAH RENDAH
(PANITIA P. SENI VISUAL)

PERTANDINGANPOSTER KESELAMATAN
ANJURAN PANITIA P. MORAL