Thursday, March 24, 2011

Siri 585- Perkataan: Melawat –KKT atau KKTT

Cikgu,
Ada pendapat mengatakan bahawa kata 'melawat' ialah kata kerja transitif seperti frasa `melawat neneknya di hospital’. Pendapat lain pula menyatakannya sebagai kata kerja tak transitif kerana perkataan itu dapat diikuti oleh kata sendi nama ke seperti dalam frasa kerja `melawat ke Putrajaya’. Apakah pendapat Cikgu tentang hal ini?

Drp:
Rohayu

Jawaban:
Kata kerja transitif biasanya dapat dipasifkan. Sebagai contohnya, perkataan `melawati’ apabila dipasifkan menjadi dilawati. Dalam hal ini, perkataan `melawat’ seperti ayat (1) di bawah ialah kata kerja tak transitif.

(1) Mereka akan melawat ke Kedah.
Ayat tersebut tidak boleh ditulis seperti yang berikut:

(1a) Mereka akan melawat Kedah.

Jika ayat tersebut diungkapkan seperti ayat 1(a) di atas, kata kerja `melawat’ ialah kata kerja transitif. Persoalannya ialah adakah ayat tersebut dapat dipasifkan?. Jika dipasifkan, ayat tersebut akan menjadi:

2. Kedah akan dilawat oleh mereka.

Adakah perkataan `dilawat’ wujud dalam bahasa Melayu?

Oleh hal yang demikian, ayat (1) juga dapat diungkap dalam bentuk transitif seperti yang berikut:

1(b) Mereka akan melawati Kedah. (Aktif)
2(a) Kedah akan dilawati oleh mereka. (pasif)

Perkataan `melawat’ juga bermaksud menziarahi. Oleh itu, perkataan `melawat’ dalam ayat yang berikut gramatis.

3. Kami akan melawat nenek di hospital pada petang nanti.

Ayat 3 boleh juga diungkapkan seperti yang di bawah ini.

4. Kami akan menziarahi nenek pada petang nanti.

Dalam ayat (3), perkataan `melawat’ sebenarnya berasal daripada perkataan `melawati’. Hal ini dikatakan demikian kerana ayat tersebut tidak boleh ditulis sebagaimana yang berikut:

3(a) Kami akan melawat ke nenek di hospital pada petang nanti.

Sebagai kesimpulannya, perkataan `melawat’ yang bermaksud pergi ke dikategorikan sebagai kata kerja tak transitif. Hal ini bermakna perkataan ini tidak dapat dipasifkan. Perkataan `melawat’ yang bermaksud menziarahi sebenarnya berasal daripada perkataan `melawati’. Dalam hal ini, perkataan `melawat’ tersebut dikategorikan sebagai kata kerja transitif. Satu perkara yang perlu diingat ialah perkataan `melawat’ yang bermaksud `menziarahi’ akan menjadi `dilawati’ apabila dipasifkan.

Pasukan Forum SMKBPJA 2011

Friday, March 18, 2011

Selamat menghadapi Ujian 1 2011

Kepada semua warga SMK BPJ (A)

Selamat menghadapi Ujian 1 2011 pada minggu pertama selepas cuti persekolahan.
Semoga semua warga SMK BPJ(A) telah membuat persediaan minda dan fizikal untuk menghadapi Ujian 1 pada kali ini.

Harap kalian berjaya dengan cemerlang.

Tuesday, March 1, 2011

MAKLUMAN PERTANDINGAN KAWAD KAKI SEKOLAH

Perhatian kepada semua warga SMK Bandar Puchong Jaya(A)

1.Raptai pertandingan kawad kaki sekolah akan diadakan pada 28 Mac 2011 (Isnin)

2.Pertandingan Kawad kaki peringkat sekolah akan diadakan pada 4 April 2011 (Isnin)

3. Saya menyeru kepada semua unit beruniform (KRS, Kadet Polis, Kadet Bomba,
Bulan Sabit Merah Malaysia, Pengakap dan Pandu Puteri) dapat menyertai
pertandingan ini. Sehubungan dengan itu minta kerjasama semua guru penasihat
unit masing-masing menyediakan platun masing-masing mulai sekarang.

Kerjasama semua guru penasihat unit beruniform diucapkan berbanyak-banyak terima kasih.

Saturday, February 19, 2011

Tahniah kepada PK Hem yang baru dilantik

Pihak sekolah mengucapkan tahniah atas pelantikan PK Hem baru -Pn.Jalilah di sekolah ini.Beliau menggantikan Pn.Salmah yang telah bertukar di SMK Maahad Hamidiah Kajang.

Semoga Pn.Jalilah dapat menyahut cabaran dengan tugas yang baru demi memantapkan lagi SMK BPJ(A) ini.

Saturday, January 15, 2011

KLINIK OLAHRAGA (SIRI 2)
PERKEMBANGAN STAFF 3/2011
TARIKH : 15 JANUARI 2011


Peserta mendengar taklimat pembengkelan daripada En Gopal



Ucapan Puan Haniza bt Jabar (PK Kanan)


Ucapan oleh En K. Yogeswaran (SU Kehormat Persatuan Olahraga Amatur Selangor(POAS)


Penyampaian sijil penyertaan kepada wakil kumpulan peserta



Fasilitator menerima cendeamata daripada Pn Haniza


"KLINIK OLAHRAGA " (siri 1)
PERKEMBANGAN STAF 3/2011
ANJURAN : UNIT KOKURIKULUM
TARIKH : 15HB JANUARI 2011
TEMPAT : DEWAN TERBUKA,DATARAN INTELEK , PADANG & GELANGGANG B.KERANJANG
SMKBPJA

OBJEKTIF
  1. Memberi pendedahan latihan olahraga yang betul kepada guru-guru
  2. Membolehkan murid-murid SMKBPJA melakukan kemahiran olahraga dengan lakuan yang betul
  3. Mengeratkan silaturahim antara warga SMKBPJA
  4. Mewujudkan kerjasama antara Pertubuhan Bukan Kerajaan (Persatuan Olahraga Amatur) dengan warga SMKBPJA
  5. Meningkatkan prestasi sukan olahraga SMKBPJA
ATURCAR PROGRAM;
8.30 Pagi : Sesi pengenalan & pembahagian tugas
Sesi Memanaskan badan
8.45 Pagi : Praktikal 1
10.00 Pagi : Praktikal 2
11.15 pagi : Praktikal 3
12.30 pagi : Bengkel
1.30 petang : Penyampaian Sijil


Praktikal - latihan larian di gelangang bola keranjang


Sebelum latihan lompatan dijalankan


Fasilitator menerangkan latihan kepada peserta


Kumpulan peserta balingan bergambar brsamn En Hrun


Kumpulan larian : aktiviti memanaskan badan


Kumpulan lompatan mendengar taklimat En Mohd Mansahar Abd Jalil