Saturday, October 9, 2010

Hari Ini Dalam Sejarah -9 Oktober 2010 (Program Senamrobikton dan Hari Kokurikulum) berjalan lancar

Persediaan terakhir pada waktu pagi









Majlis perasmian bermula

a) Bacaan doa oleh Ustaz Fakri


b) Para tetamu jemputan berada di pentas yang direka khas sempena program
senamrobikton


c) Ucapan penuh bersemangat daripada Penolong Kanan,Pn.Haniza


d) Ucapan daripada YDP PIBG En.Alan.Beliau turut mengumumkan jumlah kutipan
yang berjaya dikutip dan mengucapkan tahniah kepada semua warga SMK BPJ(A)





e) Ucapan daripada Dr Kow Cheong Wei,Pengerusi Komuniti Kinrara,Puchong.Beliau
mengumumkan sumbangan sebanyak RM 2500.00 kepada sekolah.Pihak sekolah
mengucapkan ribuan terima kasih kepada beliau atas sumbangan yang diberikan.
Seterusnya beliau melepaskan tiga " das tembakan" ke udara menandakan
pembukaan perasmian program pada hari ini



f) Dr.Kow menyampaikan hadiah berupa "notebook" kepada pelajar yang mendapat
kutipan tertinggi



g) Gambar kenangan bersama Dr Kow sebelum beliau meninggalkan majlis perasmian



h)Acara senamrobikton bermula dengan diketuai oleh Pn.Morren



i)Pihak sekolah mengucapkan berbanyak -banyak terima kasih kepada penaja makanan
( Ayam A1) dan minuman percuma (Brand 888)kerana sumbangan yang telah diberikan



j) Selepas rehat, penyampaian sijil kokurikulum dan hadiah kepada cabutan bertuah diberikan.

*** Pihak sekolah mengucapkan syabas dan tahniah kepada semua pihak yang terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam menjayakan program senamrobikton dan Hari Kokurikulum pada hari ini.
*** Berbanyak-banyak terima kasih diucapkan juga kepada semua AJK pelaksana program hari ini.Tanpa kerjasama daripada kalian program ini tidak akan berjalan selancar ini.Sebarang kesulitan yang berlaku harap dapat dimaafkan.
*** Tahniah juga kepada semua pelajar yang dapat menghadirkan diri ke sekolah pada hari ini.

No comments:

Post a Comment