Saturday, December 18, 2010

Kembali ke Sekolah

Kepada semua warga SMKBPJA:
Dalam jangka masa dua minggu lagi kita semua akan kembali ke sekolah. Diharapkan agar semua sudah melakukan persiapan yang sepatutnya, membeli pakaian baru dan alat tulis untuk kegunaan sesi persekolahan pada tahun hadapan. Namun begitu, jika kelengkapan tahun ini masih boleh digunakan, gunapakailah lagi untuk mengelak pembaziran. Kepada murid-murid, tanamkan azam dan semangat baru untuk lebih berjaya lagi pada masa hadapan. Kepada guru-guru, tingkatkan prestasi untuk mencapai tahap perkhidmatan yang lebih membanggakan. Tahun 2011 diharapkan menjanjikan sesuatu yang lebih baik.

No comments:

Post a Comment