Wednesday, June 30, 2010

PERATANDINGAN LOGO

PERADUAN CIPTA LOGO MERDEKA
Tema : "Satu malaysia, satu Bangsa" Merdeka 53
Tajaan :Streetdirectory Malaysia
Tarikh tutup : 6 Ogos 2010
Hadiah Individu : Kumputer Riba

Maklumat lanjut : mycontest@streetdirectory.com

PERTANDINGAN MELUKIS DAN LOGO

PELUANG UNTUK HASILKAN KREATIVITI ANDA

1. TEMA : PEMULIHARAAN ALAM SEKITAR TANGGUNGJAWAB BERSAMA
ANJURAN : UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA (UiTM)
TARIKH TUTUP : 18 JULAI 2010
HADIAH (setiap kategori) :
Pertama - RM 1000.00
Kedua - RM 750.00
Ketiga - RM 500.00
Sepuluh saguhati - RM 100.00

KATEGORI PERTANDINGAN
i: Pertandingan Fotografi
ii: Pertandingan Melukis

** Sila dapatkan maklumat lanjut daripada Puan Hani Herlina (Ketua Panitia PSV)
PERTANDINGAN MENULIS SEJARAH MALAYSIA 2010 ANJURAN MALAYSIAN HISTORICAL SOCIETY

TARIKH TUTUP : 29 OKTOBER 2010
KATEGORI PERTANDINGAN :Orang Awam
Tingkatan 4-5PERSEORANGAN /KUMPULAN
Tingkatan 1-3 - BERKUMPULAN SAHAJA
**KUMPULAN TIDAK MELEBIHI 3 ORANG

HADIAH : KATEGORI ORANG AWAM
tempat pertama : RM 3000.00
tempat kedua : RM 2500.00
tempat ketiga : RM 2000.00
KATEGORI MENENGAH ATAS
tempat pertama : RM2000.00
tempat kedua : RM1750.00
tempat ketiga : RM 1500.00
KATEGORI MENENGAH RENDAH
tempat pertama :RM1500.00
tempat kedua : RM1750.00
tempat ketiga : RM 1500.00
Sila rujuk maklumat lanjut pada PAPAN KENYATAAN UMUM DAN PAPAN RELIEF.

Monday, June 28, 2010

Pertandingan Melukis Poster Antidadah dan Antirokok

Makluman Hari Koperasi Sekolah - 2 Julai 2010(Jumaat)

Aktiviti sempena Hari koperasi sekolah pada 2 Julai 2010
a) Pertandingan melukis logo koperasi
b) Mengumpul duit syiling 5 sen dan 1 sen
c) Kuiz koperasi

Semua guru dan pelajar digalakkan menyertai aktiviti ini yang masih dibuka sehingga hari Khamis bersamaan 1 Julai 2010.Hadiah lumayan disediakan.Sebarang pertanyaan boleh merujuk kepada Koperasi SMK BPJ(A)Berhad.

Kerjasama semua diucapkan ribuan terima kasih.Sama-samalah kita memberi sokongan kepada koperasi ini.

Thursday, June 10, 2010

Siri 412- Kata: Pelibatan atau penglibatan

Soalan:
Saya masih tertanya-tanya tentang penggunaan perkataan `penglibatan’ dalam ayat yang di bawah ini sama ada betul atau salah. Harap cikgu dapat memberikan penjelasan.
1. Amat rugi jika kepercayaan yang dilemparkan oleh pihak kerajaan kepada persatuan belia tidak disambut dengan kesungguhan dan tanggungjawab melalui penglibatan belia terutama pelajar IPT dalam persatuan belia.

Daripada:
Shahrir,
Taman Melor, Ampang

Jawaban:
Perkataan `penglibatan’ sebenarnya tidak menepati morfologi dalam bahasa Melayu. Hal ini dikatakan demikian kerana perkataan yang betul dan tepat ialah `pelibatan’. Jika kita meneliti pembentukan perkataan `pelibatan’ dan perkataan yang seumpamanya, kita akan mendapati bahawa perkataan `penglibatan’ menyalahi rumus pembentukan perkataan dalam bahasa Melayu. Dalam bahasa Melayu, perkataan yang berapitan pe-..-an, sebenarnya berasal daripada perkataan berawalan me-, perkataan yang berapitan per-..—an berasal daripada perkataan yang berawalan ber-. Lihatlah beberapa contoh pembentukan perkataan tersebut seperti yang di bawah ini:

Lantik ----> melantik -----> pelantikan [Betul]
Lantik ----> berlantik-----> perlantikan [Salah]

Dalam bahasa Melayu, tiada perkataan berlantik. Oleh itu, perkataan `perlantikan’ tidak menepati rumus pembentukan perkataan dalam bahasa Melayu. Contoh lain:

Baca---> membaca-----> pembacaan. [Betul]
Baca---> berbaca ------> perbacaan. [Salah]

Dalam bahasa Melayu, tiada perkataan berbaca. Oleh itu, perkataan `perbacaan’ tidak menepati rumus pembentukan perkataan dalam bahasa Melayu. Contoh lain:

Langgar --> melanggar ---> pelanggaran [Betul]
Langgar --> berlanggar ---> perlanggaran [Betul]

Perkataaan `perlanggaran’ dan `pelanggaran’ sememangnya wujud dalam bahasa Melayu. Kedua-dua perkataan ini berasal daripada perkataan `berlanggar’ dan `melanggar’.

Dengan berdasarakan beberapa pembentukan perkataan yang di atas tadi, marilah kita lihat pembentukan perkataan `pelibatan’ dan `penglibatan’ seperti yang di bawah ini.

Libat ---> melibatkan --> pelibatan [Betul)
Libat ---> menglibatkan ---> penglibatan (Salah tetapi diterima pakai]

Kesimpulannya, perkataan `pelibatan’ betul dan tepat kerana perkataan itu berasal daripada perkataan `melibatkan’. Perkataan `penglibatan’ pula tidak tepat kerana perkataan `menglibatkan’ tidak wujud dalam bahasa Melayu. Oleh sebab pengguna bahasa Melayu telah menggunakan perkataan tersebut secara leluasa, penggunaan perkataan `penglibatan’ diterima sebagai betul dan dianggap kekecualian. Oleh hal yang demikian, sesiapa yang telah mengetahui proses ini, harap gunakanlah perkataan `pelibatan’ dalam penulisan. Usaha ini dianggap sebagai usaha untuk memantapkan bahasa Melayu. Namun demikian, jika ada pengguna bahasa yang masih menggunakan perkataan `penglibatan’, janganlah kita menyalahkan mereka. Kita berharap agar pada suatu hari semua pengguna bahasa akan menggunakan bahasa Melayu dengan betul dan tepat.

Selamat bercuti sempena cuti pertengahan penggal

Kepada semua warga SMK Bandar Puchong Jaya (A), pihak sekolah mengucapkan
"Selamat Bercuti". Semoga dapat memanfaatkan masa dengan sebaik-baiknya.

Selamat bercuti kepada semua
Manfaatkan masa dengan bijaksana
Moga gembira bersama keluarga
Tanggungjawab bersama jangan dilupa