Panitia Bahasa Melayu telah menganjurkan Program Bacaan Pagi pada setiap perhimpunan pagi di tapak perhimpunan. Program ini bermula sebaik-baik sahaja murid tiba di sekolah. Mereka akan berada dalam barisan kelas masing-masing. Sambil menunggu waktu masuk ke kelas pada pukul 7.25 pagi, mereka akan membaca buku. Melalui program ini, murid tidak akan membuang masa atau berbual kosong. Bukan itu sahaja, mereka akan dapat meingkatkan iilmu dalam diri. Seterusnya, mereka akan dapat meningkatkan penguasaan bahasa dalam diri.
Program Bacaan Pagi ini memang membawa faedah kepada semua pelajar. Pada hari pertama program diadakan ada pelajar yang sememangnya tidak benar-benar membaca kerana tidak membawa bahan bacaan yang menarik. Saya pasti jika program ini diteruskan, tabiat suka membaca untuk menimba ilmu akan tersemat jua di sanubari setiap insan SMKBPJ(A).Semoga semua pelajar akan sedar bahawa membaca adalah satu aktiviti sepanjang hayat dan bukan hanya untuk lulus peperiksaan.
wah...cikgu ni baguslah..
ReplyDeletemcm kat semesti dulu...tapi pelajar semesti ada yang tidak mendengar kata guru...
no one really studyin...i can assure tat...
ReplyDeleteProgram Bacaan Pagi ini memang membawa faedah kepada semua pelajar. Pada hari pertama program diadakan ada pelajar yang sememangnya tidak benar-benar membaca kerana tidak membawa bahan bacaan yang menarik. Saya pasti jika program ini diteruskan, tabiat suka membaca untuk menimba ilmu akan tersemat jua di sanubari setiap insan SMKBPJ(A).Semoga semua pelajar akan sedar bahawa membaca adalah satu aktiviti sepanjang hayat dan bukan hanya untuk lulus peperiksaan.
ReplyDelete