Sunday, January 3, 2010

SELAMAT KEMBALI KE SEKOLAH

Warga sekolah yang disayangi lagi dihormati,

Esok, 4 Januari 2010, kita semua akan kembali ke sekolah. Pihak sekolah telah bersedia untuk menunggu kedatangan anda semua.

Kepada semua murid lama dan baharu, sediakanlah segala kelengkapan dan keperluan. Saya ingin memaklumkan bahawa sesi pengajaran dan pembelajaran akan bermula pada hari pertama. Atur cara pada hari pertama persekolahan adalah seperti yang berikut.

Waktu Pertama : Perhimpunan

Waktu kedua dan Ketiga : Pengurusan Kelas oleh Guru Kelas

Waktu keempat dan seterusnya: Sesi Pengajaran dan Pembelajaran bermula.

Kepada murid lama, sila berbaris dan berada di kelas-kelas yang telah ditentukan. Sila ikut arahan guru bertugas.

Kepada murid-murid baharu, sila beratur dalam satu barisan. Anda akan dilayan oleh penyelaras Tingkatan selepas waktu perhimpunan.


Dari segi pakaian dan kekemasan diri:
Saya berharap agar semua murid datang ke sekolah dengan pakaian yang kemas dan lengkap seperti memakai tali leher, lencana sekolah dan tanda nama.

Dari segi kekemasan diri, anda hendaklah berambut pendek dan kemas, tidak berfesyen atau berwarna-warni. Patuhilah peraturan sekolah.

Sebagai murid yang baik, patuhilah arahan guru dan pengawas.

Semasa berada di dalam kelas pada waktu kedua dan ketiga, janganlah berbuat bising . Gunakanlah masa yang ada untuk membaca buku atau majalah. Berikanlah kerjasama yang sepenuhnya kepada guru kelas anda.

Pada waktu balik, ikutlah waktu-waktu-waktu yang telah ditetapkan.

Akhir kata, selamat kembali ke sekolah.

Marilah kita bersama-sama memajukan dan membangunkan sekolah ini dalam pelbagai aspek baik kurikulum, kokurikulum, sahsiah diri dan sebagainya.

Daripada: Encik Abdul Ghalib bin Yunus,
Pemangku Pengetua,
SMK BPJ(A).

No comments:

Post a Comment