Monday, January 11, 2010

Program Bacaan Pagi





Panitia Bahasa Melayu telah menganjurkan Program Bacaan Pagi pada setiap perhimpunan pagi di tapak perhimpunan. Program ini bermula sebaik-baik sahaja murid tiba di sekolah. Mereka akan berada dalam barisan kelas masing-masing. Sambil menunggu waktu masuk ke kelas pada pukul 7.25 pagi, mereka akan membaca buku. Melalui program ini, murid tidak akan membuang masa atau berbual kosong. Bukan itu sahaja, mereka akan dapat meingkatkan iilmu dalam diri. Seterusnya, mereka akan dapat meningkatkan penguasaan bahasa dalam diri.

Bacalah Akhbar Minda Pelajar


Mulai esok (Selasa), akhbar Minda Pelajar Sisipan Berita Harian Sdn Bhd akan menyiarkan tulisan saya dan Dr. Ghazali Lateh pada halaman 9 dan 10. Sila ikuti tulisan saya unntuk mendapatkan pelbagai maklumat yang terkini.

Latihan Sukan Sudah Bermula




Tahniah saya ucapkan kepada semua guru dan pelajar kerana latihan sukan sudah bermula. Saya berharap agar semua murid menghadiri latihan sukan mengikut jadual rumah sukan masing-masing. Pihak ibu bapa pula mestilah memastikan anak-anak supaya hadir menjalani latihan rumah. Kepada pelajar yang sakit (yang disahkan oleh doktor), anda dikecualikan daripada aktiviti sukan.




Kelas Terbaik Minggu ini - 3 UPM







Murid sekolah ini hendaklah mencontohi tingkah laku pelajar kelas UPM yang baik dan bersopan terhadap guru.



Perjumpaan Unit Beruniform

Kepada semua murid-murid

Perjumpaan Unit beruniform akan diadakan mulai 13 Jan 2010.

Waktu perjumpaan : 3.00ptg - 4.00 ptg
Pakaian : T-shirt unit atau pakaian seragam unit masing-masing.
kehariran adalah wajib.

Saturday, January 9, 2010

MESYUARAT HEM

Dimaklumkan bahawa Mesyuarat HEM akan diadakan seperti ketetapan yang berikut:

Tarikh: 12 Januari 2010
Masa: 2.30 hingga 4.30 ptg
Hari: Selasa
Tempat: Bilik Seminar
Kehadiran: Semua guru yang berkenaan wajib hadir





Friday, January 8, 2010

Pelajar Cemerlang PMR 2009

PIHAK SEKOLAH MENGUCAHKAN TAHNIAH DAN SYABAS KEPADA PELAJAR DI BAWAH INI KERANA MENDAPAT KEPUTUSAN YANG CEMERLANG DALAM PMR 2009

8A
1. KHOO KAH MENG
2. LEE MUN CHUN
3. LIM YI LENG
4. SOONG YEE KIE
5. TAN SHU XUAN
6. LING ZI JIE
7. NAVAMANI A/P PALANISAMY

7A
1. ARAVINTHAN A/L KADRAVELLO
2. ARVIN RAO A/L SUBRAMANIAM
3. TEOH WAI FU
4. AMANDACHRISTINE KOK CHUI FAN
5. EUNICE ROSHEEN A/P DENNES
6. HASVINI A/P KUMARA
7. JACQUALYNE ANNE BOUDEVILLE
8. PUVARNISHAA/P PASKARAN
9. WOON KHAR YAN

Monday, January 4, 2010

Kami Berdisiplin


Setiap murid mestilah mencotohi kami. Kami sentiasa berdisiplin. Kami sentiasa mematuhi undang-undang dan peraturan sekolah. Apabila disiplin sekolah kami baik, kami dapat mengikuti pengajaran dan pembelajaran tanpa sebarang gangguan. Kepada semua murid SMKBPJ(A), marilah kita bersama-sama menegakkan disiplin sekolah. Hidup SMKBPJ(A).

Mesyuarat JK Kurikulum Kali Pertama 2010

Kepada yang berkenaan;

PEMBERITAHUAN MESYUARAT JK KURIKULUM KALI PERTAMA 2010

Dengan segala hormatnya perkara di atas dirujuki. Untuk makluman tuan / puan,, mesyuarat tersebut akan diadakan seperti ketetapan yang berikut:

Tarikh : 5 JANUARI 2010
Hari : Selasa
Masa : 2.30 hingga 4.30 petang
Tempat : Bilik Seminar

Hari Persekolahan telah bermula



Aktiviti pengajaran dan pembelajaran telah bermula pada hari pertama.



















Pelajar yang berpakaian kemas menjadi kebanggaan kami.












Sunday, January 3, 2010

SELAMAT KEMBALI KE SEKOLAH

Warga sekolah yang disayangi lagi dihormati,

Esok, 4 Januari 2010, kita semua akan kembali ke sekolah. Pihak sekolah telah bersedia untuk menunggu kedatangan anda semua.

Kepada semua murid lama dan baharu, sediakanlah segala kelengkapan dan keperluan. Saya ingin memaklumkan bahawa sesi pengajaran dan pembelajaran akan bermula pada hari pertama. Atur cara pada hari pertama persekolahan adalah seperti yang berikut.

Waktu Pertama : Perhimpunan

Waktu kedua dan Ketiga : Pengurusan Kelas oleh Guru Kelas

Waktu keempat dan seterusnya: Sesi Pengajaran dan Pembelajaran bermula.

Kepada murid lama, sila berbaris dan berada di kelas-kelas yang telah ditentukan. Sila ikut arahan guru bertugas.

Kepada murid-murid baharu, sila beratur dalam satu barisan. Anda akan dilayan oleh penyelaras Tingkatan selepas waktu perhimpunan.


Dari segi pakaian dan kekemasan diri:
Saya berharap agar semua murid datang ke sekolah dengan pakaian yang kemas dan lengkap seperti memakai tali leher, lencana sekolah dan tanda nama.

Dari segi kekemasan diri, anda hendaklah berambut pendek dan kemas, tidak berfesyen atau berwarna-warni. Patuhilah peraturan sekolah.

Sebagai murid yang baik, patuhilah arahan guru dan pengawas.

Semasa berada di dalam kelas pada waktu kedua dan ketiga, janganlah berbuat bising . Gunakanlah masa yang ada untuk membaca buku atau majalah. Berikanlah kerjasama yang sepenuhnya kepada guru kelas anda.

Pada waktu balik, ikutlah waktu-waktu-waktu yang telah ditetapkan.

Akhir kata, selamat kembali ke sekolah.

Marilah kita bersama-sama memajukan dan membangunkan sekolah ini dalam pelbagai aspek baik kurikulum, kokurikulum, sahsiah diri dan sebagainya.

Daripada: Encik Abdul Ghalib bin Yunus,
Pemangku Pengetua,
SMK BPJ(A).

Friday, January 1, 2010

Hari Orientasi Murid Baharu 2010

Hari Orientasi untuk murid baharu akan diadakan seperti ketetapan yang berikut:


Tarikh: 2 Januari 2010

Masa: 8.00 pagi hingga 11.30 pagi

Hari: Sabtu

Tempat: Dewan Munsyi


Semua guru diwajibkan hadir.


Pihak sekolah mengalu-alukan kehadiran murid-murid baharu dan juga ibu bapa. Kami amat berbangga untuk menerima kehadiran anda.

Wednesday, December 30, 2009

Terima kasih yang tidak terhingga

Saya ingin mengucapkan terima kasih yang tidak terhingga kepada En. Mohd Nor Marzuki (PK HEM), Pn. Salmah Bt Rani (PK Koko), Pn. Rajaesh, Pn. Jalilah, Pn. Rohati, dan Puan Juliet (GKMP)termasuk setiausaha dan penyelaras HEM, Koko, dan sebagainya yang telah memberikan kerjasama yang penuh dan cemerlang kepada saya untuk membuat persediaan persekolahan bagi tahun 2010. Saya yakin bahawa komitment seperti ini akan membawa kejayaan dan kemajuan kepada SMKBPJ(A).

Monday, December 28, 2009

Penghantaran maklumat melalui e-mel

Sila ambil perhatian,
Mana-mana guru yang belum pernah menerima e-mel daripada Guru Penolong Kanan, harap hubungi saya melalui e-mel dengan segera, iaitu agy7500@yahoo.com.my . Dimaklumkan bahawa pelbagai maklumat akan disampaikan kepada semua guru sekolah melalui e-mel dari masa ke masa.

Selain itu, semua guru juga mestilah menyiapkan laman blog masing-masing, iaitu laman blog diri sendiri, laman blog unit/panitia, kelab, persatuan, dan sebagainya sebelum 31 Januari 2009.

Bukan itu sahaja, guru-guru juga hendaklah bersedia untuk menjalankan Kajian Tindakan kerana laporan kajian tersebut perlu disiapkan pada atau sebelum 3o Mac 2010.

Harap maklum.

Mesyuarat Guru Kali Pertama 2010

Dengan ini dimaklumkan bahawa mesyuarat tersebut akan diadakan seperti ketetapan yang berikut:

Tarikh : 31 Disember 2009

Hari : Khamis

Masa: 8.00 pagi hingga 12.30 tgh

Tempat: Bilik Seminar


Semua guru diwajipkan hadir.


Atur cara majlis:

7.30 hingga 8.00 pagi - Sarapan pagi (Sumbangan Encik Hairi)
8.00 hingga 10.30 pagi - Mesyuarat guru
10.30 hingga 11.30 pagi - Taklimat Orientasi
11.30 hingga 12.30 tgh - Mesyuarat Kelab Staf
12.3o Makanan Tengah hari (Sumbangan kelab Staf)
1.00 tgh bersurai

Friday, December 25, 2009

Mesyuarat Pengurusan dan Pentadbiran

Dengan ini dimaklumkan bahawa mesyuarat tersebut akan diadakan seperti ketetapan yang berikut:

Tarikh: 28 Disember 2009

Masa: 9.00 pagi hingga 12.30 tgh

Tempat : Bilik Profesionalisme

Kehadiran: Semua penolong Kanan dan Ketua Bidang wajib hadir