Wednesday, May 5, 2010

Aktiviti kokurikulum MENARIK sepanjang minggu ini

Aktiviti yang dijalankan pada hari Rabu (5.5.2010-perjumpaan unit beruniform)

Unit beruniform pengakap telah berjaya memasak makanan menggunakan unggun api di padang sekolah. Setiap kumpulan berjaya menyediakan menu makanan yang beraneka jenis seperti ikan bakar,roti pintal,telur rebus, kentang rebus dan cucur manis.
Tahniah kepada semua ahli pengakap dengan bimbingan guru penasihat-Pn.Nik Rosmita,Pn.Norhaida,Pn.Zaikiah,En.Zakaria dan En.Anuar.









Badan beruniform - KADET POLIS menganjurkan pertandingan memasak "Makan Tengahari". Sebanyak 6 kumpulan pelajar kadet polis telah mengambil bahagian.

En.Rajan sedang membuat demontrasi memasak di dewan terbuka.


Pn.Shahreen sedang menerangkan cara penggunaan peralatan memasak dengan betul.






Tahniah kepada semua pelajar dan semua guru penasihat kadet polis- Pn.Shahreen, En.Rajan, Pn.Rohaitina, Pn.Mazuin dan Cik Nurulhuda kerana menyediakan menu nasi minyak berlauk yang sangat lazat.
Antara menu pelajar yang disajikan ialah nasi goreng, ayam berempah, sambal sardin,sosej goreng dan buah-buahan yang dihias dengan menarik.

Aktiviti KRS - menyediakan gajet mengikut kumpulan masing-masing.Semua ahli seronok dan bangga dapat mengetahui cara-cara penyediaan gajet tersebut.Guru penasihat ialah Pn.Ilyana dan Pn.Nesamani.




Pertandingan "kolom" anjuran Persatuan Bahasa Tamil di dewan peperiksaan pada hari Selasa (pukul 2.45 petang)- menarik untuk ditonton.







" Sesungguhnya pengalaman itu sangat berharga "

No comments:

Post a Comment