Sunday, February 28, 2010

Kejohanan Olahraga MSSD 2010

Saya ingin mengucapkan selamat berjuang kepada atlet-atlet SMKBPJA yang akan menyertai kejohanan olahraga MSSD yang akan berlangsung di Stadium Matsushita, Shah Alam pada 1 hingga 5 Mac 2010. Kami sentiasa mendoakan kejayaan yang cemerlang kepada anda. Atlet SMKBPJA BOLEH.......

Minggu Pra Sukan 2010 (1 Mac 2010 hingga 5 Mac 2010)

1.Sepanjang minggu ini acara-acara pra sukan akan berlangsung
mulai hari ISNIN hingga JUMAAT bermula jam 3.00 petang
hingga 4.15 petang.


2. Acara-acara pra sukan ialah :

a) Larian - 100m,200m,400m,800m,1500m,3000m dan 4x400m

b) Acara padang - Rejam Lembing,Lompat kijang,
Lempar Cakera,Lompat TinggI,Lompat Jauh,Lontar Peluru dan Tarik Tali

3. Makluman terperinci berkaitan setiap acara boleh dirujuk di
papan kenyataan Unit Sukan(bersebelahan Bilik Sukan)
SU Sukan - En.Gopal akan mengumumkan perkara-perkara berkaitan acara-acara pra
sukan dari masa ke semasa.

4. Semua peserta rumah sukan masing-masing dan semua guru yang terlibat secara
langsung diharap dapat bekerjasama dan bersiap sedia mulai esok(Isnin) sehingga
hari Jumaat.


"MAJULAH SUKAN UNTUK KECEMERLANGAN SEMUA"

Wednesday, February 24, 2010

ACARA GIMRAMA PERINGKAT MSSS 2010: ADIK LOW MEI CHEN DARI TINGKATAN 2UM

Tahniah dan syabas diucapkan kepada adik Low Mei Chen kerana telah mewakili sekolah ke acara sukan Gimrama peringkat MSSS 2010 di SMJK Yu Hua, Kajang, Selangor pada 24 Febuari dan 25 Febuari 2010.

Acara yang telah dipertandingkan pada 24 Febuari 2010 adalah seperti berikut:

  1. Riben - tempat ke-3 
  2. Tali - tempat ke-4
  3. Bola - tempat ke-5
  4. Tanpa Alat - tempat ke-6
  5. Gelung - tempat ke-6
  6. Belantan - tempat ke-6
Adik Low Mei Chen telah mendapat pingat bagi setiap acara yang dipertandingkan dan secara keseluruhan  mendapat tempat ke-5. 


*********************************************************************************


Acara yang telah dipertandingkan pada 25 Febuari 2010 adalah seperti berikut:
  1. Acara latihan berkumpulan Junior (riben) - JOHAN
Tahniah semoga sekolah kita dapat melahirkan lebih ramai pelajar yang aktif bersukan seperti adik Low Mei Chen. 

Selamat hari ulangtahun kelahiran yang ke-14 kepada adik Low Mei Chen semoga adik Low Mei Chen sentiasa ceria dan sihat sentiasa serta mendapat kemenangan bagi acara gimrama berkumpulan (riben) peringkat kebangsaan nanti.

Keputusan SPM 2009

harap maklum bahawa keputusan SPM akan diumumkan dalam masa terdekat ini. Oleh hal yang demikian, semua calon SPM 2009 SMK Bandar Puchong Jaya (A) bersedia dari sekarang. Sila pastikan anda tidak berhutang dengan pihak sekolah. Jika anda berhutang, pastikan semua hutang dijelaskan sebelum slip keputusan diserahkan kepada anda. Untuk mengelakkan sebarang masalah yang timbul, sila berhubung dengan guru kelas anda untuk mengelakkan sebarang kesulitan yang timbul.

Tuesday, February 23, 2010

Gambar-Gambar sekitar SUKANTARA pada hari ini( 23.2.2010)

Semua pelajar mendengar taklimat sebelum Sukantara diadakan


Pn.Hani begitu bersemangat untuk memulakan acara larian 100m


Aksi pelajar Helang menamatkan larian 100m


Pn.Mariah dan Pn.Nurul sedang memastikan setiap peserta rumah sukan mendapat markah untuk acara lompat jauh


Aksi lompat jauh peserta rumah Helang


Peserta rumah Enggang berjaya membuat balingan lontar peluru paling jauh


Walaupun di bawah terik matahari, kami tetap bekerjasama memastikan peserta larian 100m mendapat markah untuk rumah masing-masing


LIHAT BETUL-BETUL ......"tetamu yang tidak diundang turut memeriahkan acara larian 100m"

" Kembalikan Kegemilangan Sukan "

- Mingguan Malaysia 21 Feb 2010-

......Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mahu kegemilangan sukan dikembalikan ke sekolah - sekolah memandangkan ia adalah institusi utama mengembangkan bakat sukan di peringkat akar umbi.

Monday, February 22, 2010

Sukantara 2010

Dimaklumkan bahawa pihak sekolah akan mengadakan sukantara 2010. Untuk makluman ibu bapa dan penjaga, semua murid akan terlibat dalam aktiviti ini. Murid yang sakit akan dikecualikan daripada aktiviti ini. Aktiviti ini akan dijalankan selama dua hari, iaitu pada 23 dan 24 Februari 2010 bermula pada pukul 7.30 hingga 10.30 pagi. Aktiviti P&P akan dijalankan seperti biasa selepas pukul 10.30 pagi. Oleh hal yang demikian, semua ibu bapa dan penjaga hendaklah memastikan anak-anak atau anak jagaan tuan puan/puan hadir ke sekolah pada hari tersebut. Semua murid dikehendaki berpakaian sukan yang lengkap pada kedua-dua hari tersebut. Harap maklum.

POSTER 3K (KEBERSIHAN, KESIHATAN & KESELAMATAN

POSTER-POSTER 3K TELAH DIGANTUNG DI SEKITAR SEKOLAH SEBAGAI INFORMASI BERGUNA KEPADA WARGA SMKBPJA

Saturday, February 13, 2010

Selamat Mendaftar kepada Pengetua SMKBPJA - Pn. Ramlah bt. Musri

Kelas Terbaik Januari 2010











Salah sebuah kelas terbaik SMKBPJA bulan Januari 2010 ialah Kelas 5 UKM. Kelas ini memang terbukti hebat dari segi kesungguhan, kerjasama dan sikap ambil berat semua murid kelas ini. Tahniah dan syabas saya ucapkan.

Thursday, February 11, 2010

SELAMAT TAHUN BAHARU CINA - Gong Xii Fa Cai..

Selamat Tahun Baharu Cina - Gong Xii Fa Cai - diucapkan kepada guru-guru dan murid-murid yang berketurunan Tionghua sekolah ini. Diharapkan anda semua bergembira dan menyambutnya dengan penuh meriah bersama-sama ahli keluarga dan sanak saudara. Jangan lupa untuk menjaga keselamatan diri walau di mana-mana jua anda berada.

TAHNIAH kepada pasukan HOKI sekolah

PERTANDINGAN HOKI LIMA PENJURU DI LEMBAH PANTAI (UNIVERSITI MALAYA)
TARIKH : 11 FEBRUARI 2010
MASA : 10.00 PAGI HINGGA 4.30 PETANG
PENYERTAAN : PEMAIN HOKI PEREMPUAN DAN LELAKI BAWAH 18 TAHUN

TAHNIAH diucapkan kerana berjaya mendapat tempat KEDUA bagi pemain hoki perempuan dan tempat KETIGA bagi pemain hoki lelaki.

Sebelum pertandingan...




Semua pemain hoki sedang khusyuk mendengar kata - kata perangsang dan motivasi daripada Pemangku Pengetua
En.Abdul Ghalib b.Yunus

Semasa pertandingan...



Pemain hoki lelaki sedang beraksi menentang pasukan hoki SMK Seksyen 3,Kinrara.

Selepas pertandingan...



En.Gopal sedang menyampaikan hadiah kepada pemain hoki lelaki SMK BPJ(A)


TERIMA KASIH YANG TIDAK TERHINGGA KEPADA SEMUA GURU YANG TERLIBAT MENJAYAKAN PERTANDINGAN INI TERUTAMA EN.GOPAL,EN.NAWI, EN.ZAKARIA,
PN.ZAIKIAH DAN PN.NORZAMZARINA.

Semoga kita akan terus MARA ke Kejohanan Hoki MSSD di Pandamaran pada akhir Mac nanti.Syabas diucapkan.

Selamat Ulang Tahun Cikgu Gan...





Selamat Ulang tahun Cikgu Gan....yang ke berapa agaknya?Semoga ceria selalu.Daripada anak didik cikgu kelas 4 UTM

Selamat Datang kepada Pn. Ramlah binti Musri

Kami warga SMKBPJA mengucapkan selamat datang kepada Pn. Ramlah binti Musri sebagai pengetua sekolah kami yang baharu. Kami amat berharap agar kedatangan Puan Ramlah ke sekolah ini akan memberikan sinar baharu dan cahaya kegemilangan kepada kami. Oleh itu, dengan bangganya kami mengalu-alukan kehadiran Puan ke sekolah ini.

Wednesday, February 10, 2010

Aktiviti Unit Beruniform Pada Hari Ini



Ahli-ahli pandu puteri sedang membaca ikrar



Ahli-ahli pengakap sedang menyanyi lagu "Negaraku" bersama-sama guru penasihat Pn.Nik Rosmita




Ahli-ahli PBSM sedang menjalani latihan kawad kaki

Tuesday, February 9, 2010

KECERIAAN DEWAN MUNSYI


TERIMAKASIH DIUCAPKAN KEPADA AJK PERSATUAN SENI VISUAL YANG MEMBANTU MENCERIAKAN DEWAN MUNSYI.

KESUNGGUHAN ANDA MEMBANTU AMAT DIHARGAI.
TAHNIAH KERANA BERJAYA MENGAPLIKASIKAN TEKNIK MENCORAK SEPERTI DITUNJUKCARA.


DEMI KESELAMATAN

LABEL KESELAMATAN
Pastikan ANDA tidak menyentuh suiz berlebal (seperti di atas) demi keselamatan
Kerjasama dari warga SMKBPJA memaklumkan kepada pihak pentadbir sekiranya terdapat soket/plug elektrik yang rosak dan tercabut hasil dari VANDALISME.
JAGALAH HARTA SEKOLAH
DEMI
KEBAIKAN, KESELESAAN DAN KESELAMATAN SEMUA

Monday, February 8, 2010

TAHNIAH kepada pasukan olahraga sekolah



Tahniah diucapkan kepada pasukan olahraga sekolah.
Mereka telah mengharumkan nama sekolah dengan mendapat gelaran JUARA dalam acara jemputan 4 x 100 meter terbuka pada Kejohanan Sukan Tahunan ke-9 di SMK Seksyen 3 Bandar Kinrara sabtu lepas.

Saturday, February 6, 2010

Laporan Kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia

Pada 6 Februari 2010, ketika saya melayari blog sekolah, saya mendapati bahawa pengunjung blog http://smk-bandar-puchong-jaya-a.blogspot.com yang menggunakan nama samaran `oOo' dan alamat IP 60.48.72.134 telah mengeluarkan kata-kata yang berikut," fck u ghalib...u r son of the BITCH...like sohai u...i hope ur mother or father will in coffin...u noe wad is coffin....BITCH...SI PENDEK..". Melalui laporan ini, saya berharap agar pihak tuan dapat membuat siasatan supaya tindakan dapat diambil berdasarkan peruntukan undang-undang yang ada.

Inilah Laporan saya.

Catatan: Saya memberikan tempoh selama dua hari, iaitu sehingga hari SELASA 9/2/2010 kepada yang berkenaan supaya berjumpa dengan saya dan memohon maaf secara terbuka di laman blog ini. Jika tidak laporan ini akan dihantar kepada pihak Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia. Jangan salahkah pihak sekolah jika anda ditangkap dan akan dibuang sekolah jika terbukti bersalah.

Laporan Kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia

Kepada ibu bapa,
Satu laporan tentang tingkah laku pengunjung blog ini yang bersikap biadab dan menghina orang lain serta mengeluarkan kata-kata yang lucah akan dibuat kepada pihak Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia. Laporan ini dibuat bagi memastikan pihak yang tidak bertanggungjawab terus-menerus mengeluarkan kata-kata yang tidak sepatutnya tanpa mengetahui bahawa tindakan yang dibuat itu salah. Oleh itu, saya menasihati ibu bapa dan murid SMKBPJA agar berhemah semasa melayari Internet. Kepada pelajar SMKBPJA, ingatlah bahawa sepandai-pandai tupai melompat, akhirnya jatuh ke tanah juga.

Bacaan Nilam kelas 2 UPM



Pelajar-pelajar kelas 2 USM telah berjaya membaca buku cerita antara 4 hingga 11 buah buku cerita/majalah/artikel sepanjang bulan Januari 2010.Syabas kepada mereka.

Papan kenyataan Persatuan Bahasa Tamil - CANTIK...






Komitmen dan kerjasama yang baik antara guru penasihat Pn.Thiru dan AJK Persatuan Bahasa Tamil 2010.Teruskan usaha anda!

Thursday, February 4, 2010

Pakaian Unit Beruniform Pada Setiap Hari Rabu



Tahniah....pelajar -pelajar ini berjaya memakai pakaian unit beruniform masing-masing.

Semua murid dan guru penasihat unit beruniform(KRS,PBSM,taekwando,kadet polis,
pandu puteri dan pengakap)digalakkan memakai pakaian masing-masing pada setiap hari Rabu.

Wednesday, February 3, 2010

Jom Ke Sekolah

Pada hari Sabtu ini (6/2/2010) merupakan hari Persekolahan menggantikan hari Jumaat (19/2/2010). Oleh itu, semua murid hendaklah datang ke sekolah pada hari tersebut seperti biasa. Pengajaran dan pembelajaran akan dijalankan seperti biasa. Pihak sekolah sentiasa berusaha untuk meningkatkan pencapaian semua murid dalam peperiksaan PMR dan SPM. Jika murid tidak hadir, usaha ini akan terjejas. Oleh itu, marilah semua murid kita ke sekolah pada hari Sabtu ini. Jom ke sekolah. Murid didahulukan kecemerlangan diutamakan.

Tuesday, February 2, 2010

Bidang Keberhasilan Negara

Papan Kenyataan PersatuanTerbaik setakat hari ini ...



Ada alat mengukur bearing seperti jangka sudut, pembaris dan info terkini.
Tahniah kepada semua ahli persatuan geografi 2010.

Gelagat Pelajar Semasa Larian Ria





Para pelajar yang tidak sabar-sabar menunggu giliran masing-masing

LARIAN RIA - KESELAMATAN MURID DIUTAMAKAN....



Guru -guru yang bersiap sedia mengawasi laluan pelajar



Pihak polis turut membantu menjaga keselamatan pelajar

Monday, February 1, 2010

Peraturan Pakaian Semasa Pendidikan Jasmani

Dengan ini dimaklumkan bahawa murid-murid dibenarkan memakai pakaian PJ dari rumah jika ada pelajaran Pendidikan Jasmani pada hari tersebut. Selepas waktu Pendidikan Jasmani tamat, pelajar dikehendaki menyalin pakaian PJ dengan pakaian seragam sekolah. Melalui kelonggaran ini, pelajar dapat memanfaatkan masa pendidikan jasmani dengan lebih berkesan. Kelonggaran ini tidak terpakai jika waktu pendidikan jasmani kelas tersebut pada hari Isnin. Semua murid mestilah berpakaian seragam sekolah kerana ada majlis perhimpunan rasmi. Harap maklum.