Sunday, May 23, 2010

Bersama personaliti Harith Iskandar -22.5.2010



Perkembangan staf yang dikendali oleh Panitia Bahasa Inggeris berjaya menarik kehadiran ramai guru dan murid ke program "workshop" ini.
Tahniah kepada panitia Bahasa Inggeris yang diketuai oleh En.Rajan.

Monday, May 17, 2010

Selamat Hari Guru - "Guruku Inspirasiku"

Kek sempena sambutan Hari Guru 2010


Dewan terbuka dihiasi pelbagai hadiah sempena Hari Guru 2010


GURUKU INSPIRASIKU - Cik Chong


GURUKU INSPIRASIKU - En.Rajan


GURUKU INSPIRASIKU - Pn.Gan


GURUKU INSPIRASIKU - Ustaz Fakri -ketua pasukan ping pong guru


GURUKU INSPIRASIKU - Pn.Rohaitina -ketua pasukan bola jaring guru


Guruku Inspirasiku -Pn.Yong,En.Rajan,Cik Chong, Pn.Gan dan Pn.Chow
Tahniah kepada semua pemain bola jaring guru,ping pong guru dan bola tampar guru.
Sememangnya guru-guru SMK BPJ (A) hebat-hebat belaka.

"Semoga semua guru menjadi guru sejati SMKBPJA 2010"

Sunday, May 16, 2010

Pertandingan Buku Skrap sempena Hari Ilmu dan Gerakan Membaca Perdana Selangor 2010

Perbadanan Perpustakaan Awam Selangor akan menganjurkan pertandingan
buku skrap sempena Hari Ilmu Selangor dan Gerakan Membaca Perdana Selangor 2010.
Hadiah lumayan disediakan.
Tempat pertama : RM 700.00 dan sijil penyertaan
Tempat kedua : RM 500.00 dan sijil penyertaan
Tempat ketiga : RM 300.00 dan sijil penyertaan
Saguhati ( 10 orang ): RM 50.00 dan sijil penyertaan

Pelajar-pelajar digalakkan menyertai pertandingan ini. Jika berminat sila
berjumpa Pn.Alison di Pusat Sumber Sekolah untuk mengetahui syarat-syarat
pertandingan dengan lebih mendalam lagi.

Sekian terima kasih

Saturday, May 15, 2010

Sempena gotong-royong (BILIK CERIA)

BILIK PROFESIONALISME -CERIA







Semoga Pn.Rohaitina terus menceriakan bilik ini.Tahniah diucapkan.

BILIK BOSS ( SPBT )-CERIA




Bilik BOSS terus ceria - Pn.Ramziah,Pn.Norzamzarina dan Pn.Rohaitina

ANJUNG ILMU -CERIA

Teruskan usaha anda - Pn.Noraini selaku Ketua Panitia Bahasa Melayu SMKBPJ(A)

"SEMOGA KITA SENTIASA CERIA SEPANJANG MASA"

Selamat Hari Guru --Jadilah Guru yang Sejati

GURINDAM GURU SEJATI
(Mas Adeki)

Guru sejati muhasabah diri,
Bijak bertindak dan berdikari.

Guru sejati senyum mesra,
Sentiasa menggunakan budi bicara.

Senyuman dipapar menawan hati,
Tutur katanya penuh bererti.

Guru sejati tekun bekerja,
Ada wawasan semangat waja.

Guru sejati guru berkualiti,
Gigih mengajar sepenuh hati.

Guru sejati berhati murni,
Sihat sejahtera hidup harmoni.

Tidak mudah berkata tidak,
Sentiasa berusaha terus bertindak.

Jika menghadapi sebarang masalah,
Guru sejati tak pernah mengalah.

Rela berkorban apa sahaja,
Kurang cakap banyak bekerja.

Guru sejati baik hati,
Berasa belas menaruh simpati.

Guru sejati bijak berbicara,
Hidup berbakti jadilah juara.

Guru sejati umpama lebah,
Menebar ilmu sabar tabah.

Guru sejati bergelar pendidik,
Pelajar diasuh bijak cerdik.

Membina, membentuk insan berakhlak
Gigih membimbing tak pernah jelak.

Semoga berjaya di dunia dan di akhirat,
Kedua-duanya penting diambil berat.

Guru sejati insan bijaksana,
Tugasan diberi beres sempurna.

Tegur nasihat untuk kebaikan,
Mengasuh, mendidik demi kebajikan.

Marahnya sayang bencinya kasih,
Mulutnya manis hatinya bersih.

Guru sejati utamakan kecemerlangan,
Pelajar bergaya ke arah kegemilangan.

Guru sejati sentiasa proaktif,
Tenang tenteram berfikiran positif.

Guru sejati memanusiakan manusia,
Demi keamanan bukan sia-sia.

Guru sejati guru bestari,
Hidup bermotivasi jati diri.

Guru sejati berbudi bahasa,
Berkhidmat demi nusa dan bangsa.
(Sumber: http://www.smkputra.blogspot.com/)

Gotong-royong sempena Hari Guru 2010-Jasamu tetap dikenang


Pn.Ramlah sedang mencabut rumput di depan pintu pagar utama.



Pn.Salmah bersama pelajar megemaskan barang-barang kitar semula di bilik persalinan



Pn.Sia, En.Rajan, Pn.Mazwin, Pn.Shahreen dan Pn.Hani sedang melakar imej bunga di tiang-tiang dewan terbuka





Pengorbanan semua guru SMKBPJ(A)tetap dikenang.Tahniah diucapkan kepada semua guru dan murid yang hadir pada hari ini dalam melaksanakan aktiviti gotong-royong sekolah.
Jasa kalian tetap dikenang.

"Guruku Inspirasiku"

SEKOLAH KITA BERSIH - Aktiviti gotong-royong berjaya dilaksanakan-Sabtu (15.5.2010)

Pn.Maznah sedang memberi taklimat tentang tugas mengikut kumpulan gotong-royong






Gambar -gambar gotong-royong oleh para pelajar







Hasil gotong-royong -banyak sampah telah dilonggokkan untuk diangkut

Friday, May 14, 2010

BANNER HARI GURU

PELAJAR 4UITM BEKERJASAMA MEWARNA BANNER HARI GURU

























7 KUMPULAN PELAJAR TINGKATAN 4USM MENYIAPKAN BANNER dan BANTING KUMPULAN MASING.

** TAHNIAH !!! TELAH MENYIAPKAN KARYA KUMPULAN ANDA..!!!

Wednesday, May 12, 2010

Selamat Hari Guru --Kami Sayang akan Cikgu-- Guru Pelita Hidup Kami




Kami, murid Kelas 1UKM, ingin mengucapkan SELAMAT Hari Guru 2010 kepada guru-guru yang kami sayangi, iaitu Pn.Shahreen, Puan Yong See, Puan Chow, Pn. Zaleha, En.Gopal, Puan Thiruselvi, Puan Zubaidah, dan lalin-lain. Terima yang tidak terhingga diucapkan kerana cikgu sudi mengajar kami. Budi cikgu sukar dibalas. Cikgu ibarat lilin yang sanggup membakar diri untuk menerangi masa depan kami. Kami sentiasa menyayangi cikgu. Tanpa cikgu, siapalah kami. Selamat hari Guru, cikgu.

Tuesday, May 11, 2010

PERKEMBANGAN STAF GEOGRAFI

PERKEMBANGAN STAFF : PANITIA GEOGRAFI

TAJUK : KERJA KURSUS (FOLIO) GEOGRAFI
PENCERAMAH : PN ROHATI BT SOOD
TARIKH : 6 MEI 2010 (KHAMIS)
MASA : 1.30 -3.30 PETANG
TEMPAT : BILIK APD, PUSAT SUMBER SMKBPJ(A)


Puan Rohati menyampaikan informasi yang amat bermanfaat kepada semua guru Geografi.Semoga ilmu yang diperolehi akan melancarkan lagi pelaksanaan folio dan pemarkahan,


Ribuan terima kasih diucapkan kepada Puan Rohati kerana sudi berkongsi ilmu dan terima kasih juga kepada guru Geografi yang komited semasa sessi tersebut.

Wednesday, May 5, 2010

Aktiviti kokurikulum MENARIK sepanjang minggu ini

Aktiviti yang dijalankan pada hari Rabu (5.5.2010-perjumpaan unit beruniform)

Unit beruniform pengakap telah berjaya memasak makanan menggunakan unggun api di padang sekolah. Setiap kumpulan berjaya menyediakan menu makanan yang beraneka jenis seperti ikan bakar,roti pintal,telur rebus, kentang rebus dan cucur manis.
Tahniah kepada semua ahli pengakap dengan bimbingan guru penasihat-Pn.Nik Rosmita,Pn.Norhaida,Pn.Zaikiah,En.Zakaria dan En.Anuar.









Badan beruniform - KADET POLIS menganjurkan pertandingan memasak "Makan Tengahari". Sebanyak 6 kumpulan pelajar kadet polis telah mengambil bahagian.

En.Rajan sedang membuat demontrasi memasak di dewan terbuka.


Pn.Shahreen sedang menerangkan cara penggunaan peralatan memasak dengan betul.






Tahniah kepada semua pelajar dan semua guru penasihat kadet polis- Pn.Shahreen, En.Rajan, Pn.Rohaitina, Pn.Mazuin dan Cik Nurulhuda kerana menyediakan menu nasi minyak berlauk yang sangat lazat.
Antara menu pelajar yang disajikan ialah nasi goreng, ayam berempah, sambal sardin,sosej goreng dan buah-buahan yang dihias dengan menarik.

Aktiviti KRS - menyediakan gajet mengikut kumpulan masing-masing.Semua ahli seronok dan bangga dapat mengetahui cara-cara penyediaan gajet tersebut.Guru penasihat ialah Pn.Ilyana dan Pn.Nesamani.




Pertandingan "kolom" anjuran Persatuan Bahasa Tamil di dewan peperiksaan pada hari Selasa (pukul 2.45 petang)- menarik untuk ditonton.







" Sesungguhnya pengalaman itu sangat berharga "