Saturday, March 27, 2010

Ceramah Kesihatan Pergigian


Baru-baru ini, Unit Kesihatan SMK Bandar PUchong Jaya A telah menganjurkan suatu ceramah yang bertajuk Kesihatan Pergigian dan murid yang terlibat ialah murid dari tingkatan 1UM, 1UKM, 1UPM dan 1USM. Ceramah ini telah disampaikan oleh Puan Siti Kamilah bt Mohamad Kassim iaitu doktor dari Klinik Kesihatan Puchong Batu 14 Puchong. Antara objektif ceramah ini diadakan adalah supaya murid-murid mendapat pengetahuan tentang langkah-langkah penjagaan gigi yang sempurna bagi mencegah pelbagai jenis penyakit berkaitan gigi dan seterusnya dapat menggalakkan murid-murid supaya mempraktikkan segala maklumat yang diperoleh untuk dimanfaatkan dalam aspek kebersihan mulut.

No comments:

Post a Comment