Wednesday, March 3, 2010

Rumah Seorang Pelajar SMKBPJA Kebakaran


Warga SMKBPJ(A) ingin melahirkan perasaan simpati yang tidak terhingga kepada Lim Yen Wei (Kelas 3UTM) dan keluarganya kerana tempat tinggalnya kebakaran. Hasil lawatan yang te;ah dilakukan oleh Puan Salmah dan guru-guru sekolah ini serta En. Allan Tan, Pengerusi PIBG, rumah mereka telah musnah dijilat api. Untuk meringankan beban mereka, pihak sekolah telah Berjaya membuat kutipan daripada warga sekolah ini yang berjumlah RM2,000.00. Sumbangan tersebut telah diserahkan kepada Keluarga Lim Yen Wei pada hari Selasa, pada jam 2.00 petang semalam. Pihak sekolah berharap agar Lim Yen Wei dan keluarga tabah menghadapi dugaan ini.

No comments:

Post a Comment