Sunday, January 31, 2010

Blog yang perlu dilayari

Antara blog yang perlu dilayari oleh pelajar ialah Blog Pusat Sumber. Pembikinan blog ini memperlihatkan ciri-ciri keprofesionalan atau kemahiran dalam penciptaan blog. Diharapkan blog lain mencontohi blog ini.

http://pss-smkbpja.blogspot.com/


Mana-mana kelas yang telah mempunyai blog, sila maklumkan dalam medan sembang supaya blog tersebut disenaraikan dalam blog sekolah.

Saturday, January 30, 2010

Najib bangga dengan Facebook, beri peluang berhubung dengan rakyat

CHENNAI: Selain politik, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak mempunyai kegemaran yang membara iaitu Facebook.

Seperti jutaan manusia di seluruh dunia, Najib telah menyertai rangkaian laman web sosial untuk berhubung dengan orang ramai, terutama sekali pengundi Malaysia, dengan harapan untuk merapatkan jurang politik antara generasi lama dan muda.

Najib bercakap dengan penuh mesra mengenai Facebook walaupun beliau jarang-jarang berkesempatan untuk melayarinya tetapi ia telah dikendalikan satu pasukan yang kerapkali mengemaskini laman itu, yang menurutnya kini mempunyai 80,000 peminat.

"Saya bercadang untuk menjemput kesemua mereka minum teh dengan saya tetapi bilangan itu terlalu besar. Mungkin dengan beberapa ratus orang pada satu-satu masa," Najib memberitahu New Delhi Television (NDTV), ketika lawatannya baru-baru ini ke Chennai.

"Malaysia ialah satu generasi baru, bukan penyandang beg lama. Kita perlu sesuaikannya dengan keadaan, mereka tidak mahu melihat kita sebagai ahli politik yang keletihan.


"Kita perlu berubah dengan masa kerana mereka merupakan generasi celik IT (teknologi maklumat)," katanya, yang ceria berkongsi pendapatnya mengenai kempen Facebooknya, satu perubahan dalam jawapan rutinnya yang diselitkan dengan politik.

Facebook, dengan 350 juta pengguna terus meningkat sebagai alat rangkaian sosial yang hebat di seluruh dunia, dan sebagai ahli politik berpengalaman, perdana menteri kini bertumpu kepada digital berkelajuan tinggi untuk menghubungkan rakyat Malaysia pada amnya.

Pada umumnya rakyat Malaysia adalah ramah dan ikhlas, kita mesti mempunyai hubungan peribadi yang baik untuk bergerak ke depan," beliau memberitahu pernursms NDTV dalam satu temubual ekslusif.

Najib mengakhiri temubual itu dengan berkata, pemimpin perlu menyedia hala tuju politik kepada orang ramai terutama kepada generasi muda dalam usaha untuk bergerak ke arah abad 21 yang penuh cabaran. - Bernama

Thursday, January 28, 2010

Rumah Helang Juara



Saya ingin mengucapkan tahniah kepada semua ahli dan guru penasihat rumah Helang kerana menjuarai kejohanan Larian Ria 2010.(Sila klik untuk melihat gambar yang bersaiz lebih besar)

Kejohanan Larian Ria 2010 - Tahniah! Tahniah! Tahniah







Saya ingin mengucapkan Tahniah yang tidak terhingga kepada semua pihak terutamanya kepada PIBG, Guru-guru, dan semua warga SMKBPJA kerana kejohanan ria telah berlangsung dengan cemerlang dan amat membanggakan. Saya berharap agar usaha dan kerjasama seperti ini dapat diteruskan dalam program yang lain.

Monday, January 25, 2010

Penubuhan Kelab Koir Sekolah 2010

Dimaklumkan bahawa pihak sekolah akan menubuhkan Kelab Koir sekolah. Oleh hal yang demikian, sesiapa yang berminat untuk menyertai kelab ini, sila hubungi guru koir secepat yang mungkin. Pihak sekolah amat berbangga kerana sekolah kita telah memiliki Lagu Sekolah. Pasukan Koir akan membuat persembahan dalam Mesyuarat Agung PIBG dan Majlis Anugerah Kecemerlangan Akademik 2010.

Rumah Enggang Hebat






Sekolah Brperestasi Tinggi 2010

20 Sekolah Berprestasi Tinggi 2010 yang diumumkan TPM
25/01/2010 4:43pm


PUTRAJAYA 25 Jan. - Berikut senarai 20 buah Sekolah Berprestasi Tinggi (SBT), yang diumumkan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini, dalam usaha mengangkat kualiti sekolah-sekolah terbaik ke taraf dunia.

1. Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) (P) Sri Aman, Petaling Jaya, Selangor.

2. Sekolah Tun Fatimah, Johor Bahru, Johor.

3. Sekolah Dato' Abdul Razak, Seremban, Negeri Sembilan.

4. Kolej Melayu Kuala Kangsar, Perak.

5. Sekolah Seri Puteri, Cyberjaya, Selangor.

6. SMK Aminuddin Baki, Kuala Lumpur.

7. Sekolah Menengah Sultan Abdul Halim, Jitra, Kedah.

8. Kolej Tunku Kurshiah, Seremban, Negeri Sembilan.

9. Kolej Islam Sultan Alam Shah, Klang.

10. SMK Sultanah Asma, Alor Setar, Kedah.

11. SMK (P) St. George, Pulau Pinang.

12. Sekolah Menengah Sains (SMS) Tuanku Syed Putra, Perlis.

13. Sekolah Sultan Alam Shah, Putrajaya.

14. SMS Muzaffar Syah, Melaka.

15. Sekolah Kebangsaan (SK) Seri Bintang Utara, Kuala Lumpur.

16. SK Zainab (2), Kota Bharu, Kelantan.

17. SK Taman Tun Dr. Ismail 1, Kuala Lumpur.

18. SK Convent Kota, Taiping, Perak.

19. SK Bukit Damansara, Kuala Lumpur.

20. SK Bandar Baru Uda 2, Johor Bahru, Johor. - Utusan

21. SMK Bandar Puchong Jaya (A) -----2015

Friday, January 22, 2010

Hari Persekolahan Hari SABTU 23/1/2010

Saya ingin mengucapkan tahniah kepada semua murid dan guru-guru SMKBPJA kerana kehadiran yang amat memberangsangkan. Semua kelas telah menunjukkan kehadiran yang amat membanggakan. Bagi murid yang tidak hadir ke sekolah pada hari tersebut, mereka akan menulis lima buah karangan bagi meningkatkan penguasaan bahasa Melayu mereka. Tugasan karangan tersebut akan diberikan oleh guru kelas pada hari SELASA. Tarikh akhir untuk menyiapkan tugasan tersebut adalah pada hari Jumaat 29/1/2009.

Jangan lupa..Hari Persekolahan Hari SABTU yang berikutnya adalah pada 6 Februari 2010 Jadual hari Jumaat.

Guru Geografi yang Berdedikasi 2010

Kelas Terbaik Hari Ini- 1 UITM


Selamat Hari Jadi diucapkam kepada Neo Sze Hui - 2USM

Program Atlet Gemilang 2010





Thursday, January 21, 2010

Penggunaan BUKU LATIHAN

Dengan ini dimaklumkan bahawa semua murid hendaklah menggunakan buku latihan yang dijual di Kedai Buku Sekolah. Terdapat 3 jenis buku latihan yang terdapat di kedai buku sekolah:

1. Buku latihan Edisi Hari Guru
2. Buku Latihan Edisi 1Malaysia
3. Buku Latihan yang ada logo sekolah.

Dengan pemberitahuan ini, buku-buku lain yang dibeli diluar tidak boleh digunakan. Harap maklum.

Jadual Persekolahan Hari SABTU 23 /1/2010

Dengan ini dimaklumkan bahawa jadual waktu P& P pada hari SABTU ini mengikut jadual hari Khamis. Murid akan menamatkan waktu persekolahan seperti biasa mengikut jadual tingkatan masing-masing. Hal ini bermakna waktu akhir persekolahan tersebut adalah seperti biasa.

Wednesday, January 20, 2010

SELAMAT BERPINDAH KE SEKOLAH BAHARU

Saya mewakili warga sekolah ingin mengucapkan selamat berpindah ke sekolah baharu sebagai Penolong Kanan Petang kepada Encik Mohd Noh Marzuki, Penolong Kanan HEM, SMKBPJA. Kami mengucapkan terima kasih yang tidak terhingga kepada Encik Mohd Noh kerana telah berkhidmat dengan cemerlang di sekolah ini sejak tahun 2003 yang lalu. Kami berdoa agar En. Moh. Noh dapat meneruskan kecemerlangan di sekolah baharu, iaitu SMK Seksyen 7 , Shah Alam. Pemergian Encik Mohd Noh ke sekolah tersebut merupakan kehilangan besar kepada kami semua.

Peserta Rumah Kasawari (Kuning) Bersemangat

Tahniah saya ucapkan kepada guru-guru dan peserta Rumah Kasawari. latihan yang diadakan pada hari ini berjalan dengan lancar. Saya mendapati bahawa guru-guru dan ahli Rumah Kasawari menjalani latihan dengan penuh semangat. Ketua Rumah Kasawari yang dipilih memang berbakat besar dan berkewibawaan. Tahniah saya ucapkan kepada semua. Kasawari Boleh...Kasawari Boleh...Kasawari Boleh....

Tuesday, January 19, 2010

Kenderaan Ibu bapa

Dimaklumkan bahawa ibu bapa yang menghantar dan mengambil anak tidak dibenarkan memasuki kawasan sekolah dengan kenderaan masing-masing atas alasan keselamatan sama ada semasa hujan ataupun tidak hujan.

JIka hari hujan, ibu bapa hendaklah menurunkan anak atau mengambil anak di kawasan perhentian bas. Kawasan pejalan kami dari perhentian bas ke kawasan sekolah merupakan kawasan berbumbung.


Untuk makluman ibu bapa, jalan masuk ke sekolah dikongsi oleh pihak sekolah rendah dan pihak sekolah menengah. Oleh sebab terdapat kenderaan yang berulang alik sama ada kenderaan guru atau kernderaan suami/isteri guru, sama ada dari dalam atau dari luar sekolah terutamanya pada waktu puncak, maka pelbagai masalah telah timbul. Untuk mengelakkan keadaan yang lebih buruk berlaku serta demi kepentingan keselamatan semua pihak, pihak sekolah telah membuat ketetapan bahawa kenderaan ibu bapa dilarang memasuki kawasan sekolah.

Dengan keputusan ini diharapkan semua ibu bapa dapat memberikan kerjasama.

Harap maklum.

Monday, January 18, 2010

Pengurusan Kelas Pendidikan Jasmani 2010

Pihak sekolah berharap agar pengurusan kelas Pendidikan Jasmani berjalan lancar. Diharapkan mata pelajaran ini dapat memberikan pelbagai ilmu dan kemahiran tentang pelbagai disiplin sukan. Oleh itu, pengurusan kelas pendidikan jasmani ini perlu berjalan dengan lancar dan sistematik.

Pergerakan pelajar:
-Guru hendaklah memberikan kerjasama dengan memberikan pelepasan 5 minit awal kepada pelajar sebelum kelas PJ bermula.
-Pelajar hendaklah menuju ke bilik persalinan/tandas untuk menyalin pakaian dengan cepat dan pantas.
-Pelajar hendaklah berada di tempat yang sepatutnya mengikut pesanan atau arahan guru PJ.
-Selepas tamat kelas PJ, pelajar dilepaskan 10 minit awal .
-Pelajar mestilah menukar pakaian PJ dan memakai uniform sekolah dengan kemas.
-Selepas itu, secara teratur, mereka hendaklah menuju ke kelas masing-masing dalam barisan yang lurus dan senyap. Murid tidak dibenarkan memakai pakaian PJ semasa P&P.

Peringatan:
-Murid yang tidak membawa pakaian PJ atau sakit tidak dibenarkan mengikuti pelajaran PJ.
-Mereka hendaklah duduk di tepi gelanggang atau padang.
-Murid yang mengikuti kelas PJ mestilah memakai pakaian yang dibenarkan.

Persekolahan Hari Sabtu 2010

Bersempena dengan perayaan Tahun Baharu Cina, pihak Kementerian Pelajaran Malaysia telah menetapkan bahawa pihak sekolah perlu melaksanakan Persekolahan Hari Sabtu bagi menggantikan cuti pada perayaan tersebut. Yang berikut ialah tarik persekolahan hari SABTU yang telah ditetapkan:

1. Tarikh: 23 Januari 2010 (Menggantikan hari persekolahan pada 18 Februari 2010 -Hari Khamis)

2. Tarikh: 6 Februari 2010 (menggantikan hari persekolahan pada 19 Februari 2010 - Hari Jumaat)

Oleh hal yang demikian, ibu bapa mestilah memastikan anak-anak jagaan masing-masing supaya hadir ke sekolah pada hari persekolahan tersebut. Pada kedua-dua hari tersebut, aktiviti pengajaran dan pembelajaran akan dijalankan seperti biasa.

Harap maklum

Saturday, January 16, 2010

Peraturan Pada Waktu Terakhir

Pada waktu terakhir, semua murid mestilah memastikan perkara yang berikut:

1. Kelas dalam keadaan yang bersih.
2. Meja tulis hendaklah dikosongkan. Jika buku ditinggalkan, buku tersebut akan diambil oleh guru bertugas.
3. Bakul sampah dikosongkan.
4. Suis lampu dan kipas dimatikan
5. Meja dan kerusi hendaklah dalam keadaan yang teratur.

Friday, January 15, 2010

Nombor dan Kod Warna

Setiap kerusi dan meja murid akan ditulis nombor dan kod warna mengikut tingkatan bagi mengurangkan kerosakan yang disenggajakan.
Kod warna tersebut adalah seperti berikut;
  • kod putih :peralihan dan tingkatan 1
  • kod biru :tingkatan 2
  • kod merah :tingkatan 3
  • kod kuning :tingkatan 4
  • kod hijau :tingkatan 5

Tujuan kod warna bernombor digunakan supaya konsep '1murid :1kerusi&1meja' dapat diapplikasikan.

******Terima kasih kepada AJK Inventori & Pengawas Perabot yang komited

PROJEK BAIKI SEMULA KERUSI MEJA MURID OLEH UNIT INVENTORI & PERABOT

Unit inventori dan perabot telah memulakan operasi 'BAIKI SEMULA'
agar dapat dimanfaatkan semula oleh warga SMKBPJA.
Terima kasih kepada Encik Zakaria dan AJK Inventori
serta tidak lupa juga kepada Pengawas Perabot
yang bertungkus lumus membaiki kerusi meja ini semula.
Diharapkan
warga SMKBPJA menghargai jasa mereka
dan
sentiasa bertanggungjawap terhadap kemudahan yang disediakan .
KEMUDAHAN YANG DISEDIAKAN PERLU DIJAGA
DAN
DIMANFAATKAN DENGAN BAIK DAN CERMAT

Thursday, January 14, 2010

Buku Peraturan Sekolah

Harap maklum bahawa semua murid perlu memiliki dan membawa Buku Peraturan Sekolah ke sekolah. Sebagai salah satu usaha untuk meningkatkan tahap disiplin sekolah, semua murid terlebih dahulu membuat aku janji dan menandatangani buku peraturan tersebut. Dengan berdasarkan Buku Peraturan Sekolah tersebut, murid akan mengetahui perkara yang boleh dilakukan dan perkara yang tidak boleh dilakukan. Saya berharap agar semua murid memiliki Buku Peraturan Sekolah dan membawanya ke sekolah pada setiap hari.

Wednesday, January 13, 2010

Pendidikan Jasmani dan Kesihatan (PJPK)






Kami amat bertuah kerana memiliki guru Pendidikan Jasmani dan Kesihatan yang berkualiti dan berpengalaman. En. Gopal dan En. Nawi banyak mengajar kami tentang kemahiran dalam banyak jenis permainan. Kami sememangnya memerlukan guru seperti ini yang bersungguh-sungguh mengajar kami. Kepada En. Gopal dan Encik Nawi, kami amat menyayangi cikgu.

Kami sentiasa berdisiplin ketika berurusan di kantin.






Saya amat berbangga kerana pengendali kantin sekolah kami mementingkan kebersihan dan kualiti makanan yang dijual.

Kami pula sentiasa berdisiplin ketikan berurusan di kantin. Jika kami berebut, mungkin ada antara kami yang tertumpah makanan. Apabila kami beratur dan tidak berebut, pihak kantin mudah untuk menerima bayaran dan memulangkan baki bayaran.

Aktiviti Unit Beruniform




Tahniah, kepada semua unit beruniform yang berjaya menjalankan aktiviti dengan berdisplin dan teratur.

Tuesday, January 12, 2010

Pengurusan dan Pentadbiran Tanpa Kertas

Dengan dimaklumkan bahawa kebanyakan urusan yang dijalankan di sekolah ini dilakukan melalui Internet dan blog. Oleh itu, semua guru di sekolah ini wajib mempunyai alamat e-mel, blog, facebook, dan sebagainya. Ibu bapa juga digalakkan. Pihak sekolah menggalakkan semua warga sekolah ini dan ibu bapa supaya berurusan melalui e-mel, blog dan sebagainya. Melalui cara ini, pihak sekolah dapat menjimatkan perbelanjaan mencetak kertas dan juga dakwat pencetak komputer. Bagi ibu bapa pula, mereka tidak perlu datang ke sekolah untuk berurusan kecuali perkara yang tidak dapat dilakukan melalui e-mel atau blog. Oleh itu, ibu bapa dapat menjimatkan masa dan tenaga. Saya berharap agar usaha ini mendapat sokongan daripada semua pihak.

Monday, January 11, 2010

Selamat hari Jadi







Kami, warga SMK Bandar Puchong Jaya A mengucapkan selamat hari lahir kepada Nicole Toh, pelajar Kelas 4 UKM. Pihak sekolah amat berbangga dengan sikap Nicole dan kawan-kawan yang saling menghormati dan saling menyayangi.