Saturday, March 27, 2010

Pertandingan KAWAD KAKI peringkat sekolah

Pertandingan kawad kaki peringkat sekolah akan diadakan pada tarikh berikut :

Tarikh : 17 April 2010 ( Sabtu )
Masa : 8.00 hingga 12.00 tengahari
Tempat : Dataran Intelek

Penyertaan : Semua Unit Beruniform SMK BPJ (A)
( - PBSM, KRS, Kadet Polis, Pengakap,Pandu Puteri )
Persembahan oleh Kelab Taekwando sekolah

Diharap semua unit beruniform dapat membuat latihan kawad kaki masing-masing mulai minggu hadapan.Semua penyertaan akan diberi sijil penyertaan dan pemenang johan,naib johan dan ketiga akan diberi hadiah.
Semoga setiap ahli unit beruniform dapat memberi yang terbaik untuk kelab masing-masing.

Taklimat Denggi di Sekolah

Unit Kesihatan Sekolah telah mengambil inisiatif mengadakan taklimat ringkas tentang demam denggi dan pembiakan nyamuk aedes setiap tiga minggu sekali memandangkan Daerah Petaling Perdana merupakan kawasan 'hot spot' bagi kes dijangkiti Denggi. Denggi membawa maut kerana tiada ubat atau vaksin khusus untuk mengubatinya... Oleh itu sama-samalah kita mencegah pembiakan nyamuk aedes di sekolah mahupun di rumah kerana sesungguhnya MENCEGAH ITU LEBIH BAIK DARI MENGUBATI.........

Ceramah Kesihatan Pergigian


Baru-baru ini, Unit Kesihatan SMK Bandar PUchong Jaya A telah menganjurkan suatu ceramah yang bertajuk Kesihatan Pergigian dan murid yang terlibat ialah murid dari tingkatan 1UM, 1UKM, 1UPM dan 1USM. Ceramah ini telah disampaikan oleh Puan Siti Kamilah bt Mohamad Kassim iaitu doktor dari Klinik Kesihatan Puchong Batu 14 Puchong. Antara objektif ceramah ini diadakan adalah supaya murid-murid mendapat pengetahuan tentang langkah-langkah penjagaan gigi yang sempurna bagi mencegah pelbagai jenis penyakit berkaitan gigi dan seterusnya dapat menggalakkan murid-murid supaya mempraktikkan segala maklumat yang diperoleh untuk dimanfaatkan dalam aspek kebersihan mulut.

Friday, March 26, 2010

Selamat Hari Lahir kepada pelajar kelas 5UM




Selamat hari lahir diucapkan kepada Samuel Chong, Xiau Chen dan Waihong. Cikgu mendoakan kejayaan yang cemerlang untuk anda dalam SPM 2010.

Wednesday, March 24, 2010

TIGA papan kenyataan terbaik sehingga hari ini...



KELAB SPBT




KELAB OLAHRAGA



Kadet Remaja Sekolah

Tahniah atas kemenangan 3 papan kenyataan ini. Terima kasih kepada semua ajk, ahli kelab dan guru penasihat ketiga-tiga kelab kerana telah memberi kerjasama yang baik.
Bagi papan kenyatan yang lain boleh teruskan usaha anda kerana pemantauan berterusan akan dibuat dari masa ke semasa.Harap maklum.

Sambutan Maulidur Rasul di sekolah hari ini...24.3.2010



Pn.Ramlah (Pengetua SMK BPJ(A) memberi kata-kata semangat dan perangsang kepada semua murid sebelum penutupan majlis tersebut.





Semua murid perempuan dan lelaki sedang khusyuk mendengar ceramah di dewan sekolah.

Monday, March 22, 2010

Lagu Sekolah

Semua murid SMKBPJ(A) dikehendaki menghafal lirik dan melodi lagu sekolah. Dalam tempoh sebulan, kami berharap agar semua murid telah dapat menyanyikan lagu sekolah dengan baik. Hidup SMKBPJ(A).

Sunday, March 21, 2010

Kursus Kepimpinan Pengawas PSS 15-17 MAC 2010
















Kursus Kepimpinan Pengawas PSS telah diadakan di Nur Bukit Unggul selama 3 hari 2 malam.


Antara aktiviti-aktiviti yang dilalui ialah 'Exporace','Compass Marching','Jungle Survival','Night Walk','Flying Fox','Rafting','Obstacle Course' dan 'Treasure Hunt'.Pengawas-pengawas PSS yang menyertai kursus tersebut amat bertuah kerana pada hari kedua, mereka dilawati Pn.Ramlah Bt. Musri ketika sedang menjalani aktiviti 'Rafting'.


Saturday, March 20, 2010

Program Sehari Selembar Benang 2010

Semua murid SMKBPJ(A) sila ambil perhatian.

Sila ikuti Program Sehari Selembar Benang (PSSB) yang dianjurkan oleh Panitia Bahasa Melayu. Pada setiap hari atau minggu, sekurang-kurangnya satu kosa kata atau lima kosa kata dipaparkan pada papan kenyataan sekolah, laman blog Panitia BM dan laman Blog sekolah. Semua murid dikehendaki menyalin atau menampal kosa kata tersebut di dalam buku Tatabahasa pada bahagian belakang. Semua buku tersebut akan dikutip untuk disemak oleh Ketua Panitia, Ketua Bidang Bahasa dan Penolong Kanan. Harap semua murid akan mengikuti program ini. Melalui program ini, kami berharap agar kosa kata murid akan meningkat.

Thursday, March 18, 2010

PESTA BUKU 2010

PESTA BUKU 2010
Tarikh: 19 Mac hingga 28 Mac 2010
Tempat: PWTC
Masa: Isnin- Khamis (10.00pg -8.00mlm)
Sabtu-Ahad (10.00pg- 9.00mlm)

Wednesday, March 17, 2010

101 aduan kandungan laman web

18/03/2010 12:00pm

KUALA LUMPUR, 18 Mac — Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) menerima 101 aduan berhubung kandungan laman web atau blog mengikut Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 bagi tempoh Januari hingga 23 Feb lepas, Dewan Rakyat diberitahu hari ini.

Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Dr Rais Yatim berkata terdapat 58 aduan bagi kandungan lucah dan 43 aduan bagi kandungan mengancam serta jelik, termasuk laman web atau blog yang menghina sultan.

Daripada jumlah itu, 15 kes aduan sedang disiasat mengikut Seksyen 211 dan 233 (1) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 (Akta 588) manakala 63 kes disiasat kerana kesalahan melanggar pelbagai akta. - Bernama

Sumber: Utusam Malaysia, 17 Mac 2010

Makluman : Penyampaian hadiah bagi kejohanan sukan olahraga....masa perhimpunan pagi Hari Isnin ini...22.3.2010

Memandangkan ada beberapa kategori hadiah masih belum disampaikan semasa kejohanan sukan di UNITEN tempohari, maka penyampaian hadiah seterusnya akan dilakukan semasa perhimpunan rasmi pagi hari Isnin ( 22.3.2010)ini.

Acara-acara tersebut termasuklah :
1. 4 x 100 meter (L1,L2,P1,P2)
2. 4 x 400 meter (P1,P2,P3)
3. Acara tarik tali terbuka L dan P
4. Acara pegawai (guru,ibu bapa,tetamu)

Semua pemenang/penerima hadiah bagi acara-acara di atas, harap dapat berkumpul di hadapan bilik Sukan untuk bersedia menerima hadiah masing-masing sebelum jam 7.25 pagi.

Semua guru dan murid yang terlibat diharap dapat memberi kerjasama sepenuhnya.
Kerjasama yang diberikan diucapkan berbanyak-banyak terima kasih.

Pertandingan HOKI MSSD bermula pada 22 Mac 2010 (Isnin)



Pn.Zaikiah sedang menunjuk pergerakan / teknik mengawal bola hoki dengan betul.



Pemain-pemain hoki sekolah sedang berlatih bersungguh-sungguh.
Moga kami dapat JUARA dalam pertandingan hoki MSSD di Pandamaran Isnin ini.



Kami boleh melakukan yang terbaik atas bimbingan guru-guru kami-En.Gopal,En.Nawi dan Pn.Zaikiah

Semoga kami berjaya....

Saturday, March 13, 2010

Pemain bola jaring sekolah gigih menjalani latihan...



Jurulatih dan pemain bola jaring sekolah penuh semangat menjalani latihan walaupun cuti sekolah telah bermula




Semoga pasukan bola jaring sekolah menjadi juara dalam pertandingan di peringkat MSSD.Kami bolehhh....

Program Sehari NILAM - 13 Mac 2010

Pihak sekolah mengucapkan TAHNIAH kepada pihak Pusat Sumber Sekolah dan Kelab Pembaca kerana berjaya melaksanakan program Sehari Nilam pada hari ini.

Semasa upacara perasmian, semua murid mendengar taklimat program dengan teliti.



Guru - guru PSS - Pn.Alison,Pn.Ooi,Pn.Thiru, Pn.Rosmani Zakaria dan Cik Wan Hazwani
memberi komitmen yang baik dalam menjayakan program ini.



Murid-murid NILAM sedang menyanyikan lagu rasmi NILAM



Friday, March 12, 2010

unit KESELAMATAN

BANNER DAN LABEL KESELAMATAN
HAYATI MAKLUMAT TERSEBUT SEBAGAI

semoga
ANDA LEBIH BERHATI-HATI


KESELAMATAN TANGGUNGJAWAB SEMUA



2 banner : peringatan untuk keselamatan anda


lokasi : label-label ditampal di tangga-tangga sekola
bagi mengingatkan warga SMKBPJA
berhati-hati menuruni dan menaiki tangga


Pertandingan Lukisan Anjuran MARDI

10 LUKISAN TERPILIH UNTUK DIPERTANDINGANKAN DENGAN SEKOLAH PILIHAN PIHAK MARDI YANG LAIN
TAHNIAH!

Tema : Inspiring the younger generation through improving their nutrition, livehood, & health through agricultural biodiversity
Tarikh tutup (peringkat sekolah) : 2 Mac 2010



4 DARI 10 KARYA PELAJAR YANG TERPILIH

10 KARYA YANG TERPILIH UNTUK DIPERTANDINGKAN
DENGAN
SEKOLAH LAIN
Tahniah! Bagi yang tidak berjaya cuba lain bagi pertandingan
Anjuran Unesco
(sila baca maklumat tersebut di papan kenyataan Persatuan Seni Visual)

BANNER BANTING UNIT KESELAMATAN






6 KUMPULAN PELAJAR 4USM TELAH MENGHASILKAN BANNER & BANTING KESELAMATAN.
TERIMAKASIH KERANA KERJASAMA ANDA

Thursday, March 11, 2010

Sijil LCCI 2009

Mana-mana calon SPM 2009 yang mengambil Kertas Prinsip Perakaunan dalam peperiksaan Sijil SPM 2009, harap ambil perhatian. Jika Slip calon tertulis parkataan LCCI pada bahagian bawah Slip keputusan, sila buat permohonan dalam tempoh 30 hari drp tarikh keputusan peperiksaan diumumkan untuk mendapatkan sijil LCCI. Permohonan untuk mendapatkan sijil tersebut hendaklah dibuat melalui pihak sekolah dengan melengkapkan Borang Permohonan Sijil LCCI yang dikeluarkan Lembaga Peperiksaan Malaysia. Borang tersebut boleg diperoleh melalui laman sesawang Lembaga Peperiksaan Malaysia http://www.moe.gov.my/lpm

Selamat Berpindah diucapkan kepada Cikgu Nawi


Cikgu Nawi akan meninggalkan kita pada hari ini untuk berkhidmat di Pusat Pembangunan Kurikulum, Kementerian Pelajaran Malaysia. Kepergian Cikgu Nawi merupakan satu kehilangan yang besar kepada pihak sekolah. Cikgu Nawi merupakan guru yang cemerlang dan gemilang dalam P&P dan juga kegiatan kokurikulum. Berikanlah apa-apa jua tugas kepada Encik Nawi, beliau akan menyempurnakan tugas tersebut dengan begitu cemerlang. Selama berada di sekolah ini, cikgu Nawi telah banyak berkorban dari segi masa, tenaga dan wang ringgit untuk kemajuan murid dan kemajuan sekolah. Kami, warga SMKBPJA, mengucapkan selamat maju jaya kepada Cikgu Nawi dalam apa-apa juga bidang dan kerjaya yang diceburi. Walaupun Cikgu Nawi tidak lagi bersama-sama kami, semangat dan kehebatan cikgu Nawi sentiasa dalam ingatan dan kenangan kami. Hidup Cikgu Nawi.

Terima kasih kepada semua yang hadir...( Kejohanan olahraga )

Pihak sekolah mengucapkan ribuan terima kasih di atas kesudian semua tetamu jemputan
yang hadir pada majlis kejohanan sukan olahraga buat kali ketujuh pada tahun ini.

1. En.Mahat b.Samawi - Pegawai PPD Petaling Perdana
2. YDP PIBG - En.Alan Tan
3. K.Yogeswaran (pelepas) -bekas olahraga kebangsaan
4. Pn.Morine -jurulatih persembahan
5. AJK PIBG dan para ibu bapa yang hadir
3. Semua warga SMK BPJ(A)

Kehadiran anda semua turut memeriahkan lagi kejohanan sukan SMK BPJ(A)









"Murid didahulukan,pencapaian diutamakan"
KESELAMATAN MURID DAN GURU DIUTAMAKAN